Header Ads

Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN)

Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN). Nak tahu cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional? Panduan buat rakyat Malaysia yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman, kerajaan Pakatan Nasional telah memperuntukkan bantuan baharu iaitu Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM10 billion bagi golongan B40 dan M40. Bagi anda yang nak buat pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat mulai 1 April 2020. Menerusi laman portal LHDNM, tarikh bayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu akhir bulan April dan Mei 2020.

Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional adalah satu bantuan daripada kerajaan Pakatan Nasional dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk dimanfaatkan kepada golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40. Pemberian bantuan ini akan diberikan secara one-off bagi golongan yang layak sahaja. 

Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN)  


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh dan kaedah bayaran :

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 


Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 akan dibuat pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Artikel Berkaitan : Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional (FAQ)

Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 


Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:


Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020


Berikut dikongsikan adalah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 seperti berikut:

1. Ada maklumat akaun - bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2. Jika status gagal kredit - bayaran adalah secara tunai di BSN
3. Tiada akaun - bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
3. Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Nota : Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

BACA JUGA :


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM 1-800-882747.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.