Header Ads

Cara Daftar Pencari Kerja JobsMalaysia 2022 Online (MYFutureJobs)

Cara Daftar Pencari Kerja JobsMalaysia 2022 Online. Anda ingin mencari kerja di JobsMalaysia? Panduan buat anda yang ingin membuat pendaftaran pencari kerja di portal JobsMalaysia. Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran pencari kerja secara atas talian (online) menerusi di portal JobsMalaysia.

Cara Daftar Pencari Kerja JobsMalaysia 2020 Online

Portal Jobsmalaysia adalah sebuah portal yang memberikan anda peluang untuk mencari pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan swasta. Portal ini disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2002 yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencari kerja kosong secara mudah dan cepat.

Cara Daftar Pencari Kerja JobsMalaysia 2022 Online (MYFutureJobs) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran pencari kerja di JobsMalaysia termasuk memaparkan cara daftar :

Pendaftaran Pencari Kerja Di Portal JobsMalaysia Online


1. Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal JobsMalaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my/

2. Klik pada "Pencari Kerja" dan pilih "Daftar Akaun Baru".

3. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Hantar".

4. Klik pada butang "Pendaftaran Online".

5. Seterusnya, lengkapkan borang permohonan dengan lengkap dan betul.

6. Pilih "Tahap Pendidikan" dan "Sektor Pekerjaan". Sekurang-kurangnya 1 pilihan diperlukan:
i. Agensi Kerajaan
ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
iii. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
iv. Angkatan Tentera Malaysia
v. Sektor Swasta

7. Setelah selesai isi borang permohonan, tekan butang Berikut untuk halaman seterusnya.

8. Lengkapkan Maklumat Terperinci, Maklumat Fizikal, Maklumat Akademik, Pengalaman Kerja, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

9. Kemudian, tandakan pada kotak "Saya Setuju".

10. Akan dipaparkan semula maklumat Login ID bersama No. PIN.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.