Header Ads

Cara Daftar RHB Online Banking 2023 (https://logon.rhb.com.my)

Cara Daftar RHB Online Banking 2023. Nak login RHB online banking? Panduan buat anda yang ingin membuat pendaftaran RHB secara online. Untuk makluman, kini RHB Bank Berhad memperkenalkan sistem perbankan online iaitu 'RHB Now' yang memudahkan pengguna membuat transaksi tanpa perlu kunjungi ke mesin ATM yang terdekat. Bagi anda yang nak buat pendaftaran RHB online banking tahun 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://logon.rhb.com.my.

Cara Daftar RHB Online Banking 2020

Cara Daftar RHB Online Banking 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang RHB Online Banking termasuk memaparkan cara daftar dan login akaun RHB Now :

Cara Pendaftaran RHB Online Banking


A. Untuk Pendaftaran Menggunakan Mesin ATM

1. Mempunyai alamat emel dan nombor telefon pintar yang aktif.

2. Kunjungi ke mana-mana mesin ATM RHB Bank yang berdekatan.

3. Masukkan kad RHB Bank pada mesin ATM dan masukkan Nombor PIN anda.

4. Pilih menu 'Internet Banking'. Anda akan mendapat PIN pendaftaran RHB Internet Banking yang digunakan untuk pendaftaran di laman web.

5. Masukkan PIN RHB Internet Banking sebagai pengesahan. Kemudian, anda perlu daftar nombor telefon ke mesin ATM.

6. Anda akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan.

B. Untuk Pendaftaran Secara Online

1. Untuk pendaftaran boleh layari ke laman web rasmi RHB https://logon.rhb.com.my.

2. Di bahagian laman, anda perlu klik 'I want to Register'.

3. Seterusnya, anda dibawa ke bahagian 'First Time User Registration'.

4. Klik pada bahagian Select your card type, pilih 'ATM Debit Card'.

5. Tekan butang 'Next'.

6. Pada ruangan ATM/Debit Card No, masukkan Nombor Kad 16 digit yang ada pada kad ATM/Debit anda.

7. Pada ruangan ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor pin akaun bank anda.

8. Masukkan Username dan Password.

9. Pada ruangan 'Confirm Password', masukkan semula kata laluan yang anda daftarkan tadi.

10. Untuk bahagian "Secret Word", cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan akaun anda. Pastikan perkataan tersebut mudah dingati.

11. Baca terma dan syarat yang telah disediakan dibawah sebelum mendaftar.

12. Selepas itu, Tick pada kotak tersebut.

13. Pendaftaran anda telah berjaya.

Cara Login Akaun RHB Now Online


Setelah anda selesai membuat pendaftaran akaun RHB Now Online Banking, anda boleh login akaun RHB https://logon.rhb.com.my/.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 90268188 atau emel ke ibanksupport@rhbbank.com.my.

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.