Header Ads

Semakan Keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO Online (PSP)

Semakan Keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO Online (PSP). Bilakah tarikh semakan keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO? Perhatian buat anda yang telah membuat permohonan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO. Untuk makluman, semakan status keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal https://psp.perkeso.gov.my. Saringan ini hanya tertumpu kepada pekerja yang perlu bekerja di zon berisiko jangkitan COVID-19.

Semakan Keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO Online (PKP)

Program Saringan Prihatin PERKESO (PSPP) adalah merupakan program ujian saringan bagi COVID-19 yang dijalankan kepada pekerja termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ujian saringan ini dilaksanakan secara percuma yang melibatkan semua pencarum PERKESO dan dibiayai oleh PERKESO.

Semakan Keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO Online (PSP) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Saringan Prihatin PERKESO termasuk memaparkan cara login dan aplikasi keputusan :

Sehingga kini terdapat lebih 300,000 pekerja sudah berdaftar untuk Program Saringan Prihatin PERKESO. 

Cara Login Program Saringan Prihatin PERKESO Online


1. Untuk login akaun, anda perlu masukkan username dan password yang didaftarkan.

2. Klik pada butang 'Log In'. 

3. Kemudian, klik pada butang 'My Profile'.

4. Untuk mendapatkan perkhidmatan saringan di klinik, sila klik tab 'Program Saringan Prihatin PERKESO'.

5. Tunjukkan barcode semasa pendaftaran di klinik panel.

Cara Semakan Keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO Online


1. Pekerja dan majikan boleh merujuk kepada portal https://psp.perkeso.gov.my untuk mendapatkan maklumat berhubung penyedia perkhidmatan serta janji temu bagi ujian saringan. 

2. Klik pada butang 'Program Saringan Prihatin PERKESO'. 

3. Keputusan saringan anda akan dipaparkan di screen telefon atau komputer anda.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1-300-22-8000/ 03-42645555/ 03-80915100 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my.

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.