Header Ads

Permohonan Program GLOW 2020 PENJANA (Global Online Workforce)

Permohonan Program GLOW 2020 PENJANA (Global Online Workforce). Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan Program Global Online Workforce). Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara PENJANA, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu program baharu iaitu Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan secara online melalui pelanggan antarabangsa. Permohonan Program GLOW boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web GLOW.

Permohonan Program GLOW 2020 PENJANA (Global Online Workforce)

Program Global Online atau ringkasnya GLOW adalah salah satu inisiatif yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara adalah memperkenalkan Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan untuk memperkasakan dan membimbing rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan dalam talian dan menyediakan perkhidmatan profesional untuk pelanggan antarabangsa dan tempatan. Peruntukkan sebanyak RM250 juta akan diberikan kepada MDEC untuk menguruskan Program GLOW. 

Permohonan Program GLOW 2020 PENJANA (Global Online Workforce) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program GLOW termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara mohon dan semakan status:

Syarat Kelayakan Permohonan Program GLOW


Antara syarat-syarat kelayakan Program GLOW adalah seperti berikut:

1. Mestilah celik komputer.
2. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa.
3. Memiliki set kemahiran khusus yang dikehendaki.
4. Boleh memberikan komitmen, usaha dan ketekunan.


Cara Mohon Program GLOW PENJANA Online


1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://glowmalaysia.com.

2. Di bahagian menu atas, pilih Bahasa Melayu (BM).

3. Kemudian, klik butang 'Daftar' di bahagian menu atas.

4. Anda akan dibawa ke satu laman web lain iaitu https://globalonlineworkforce.typeform.com/to/WS4rtF

5. Lengkapkan borang permohonan dengan sahih. 

6. Seterusnya, klik pada 'I Accept' untuk mengesahkan maklumat yang diberi kepada GLOW Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1-800-88-8338 atau emel ke support@glowmalaysia.com. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.