Header Ads

Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semak Status)

Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semak Status). Perhatian buat golongan Belia di Malaysia dimana kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan satu portal online baharu iaitu eBelia IYRES. Untuk makluman, KBS telah mewujudkan portal ebelia IYRES khususnya kepada golongan belia mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan dan tawaran kemahiran. Pendaftaran eBelia IYRES boleh dibuat secara online menerusi laman web IYRES.


Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan sedang menjalankan polling bagi meninjau pandangan belia terhadap Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan kesediaan mereka menghadapi cabaran pasca-COVID-19. Menerusi portal ini, para belia boleh mendapatkan pelbagai maklumat seperti peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, latihan dan kemahiran, keusahawanan dan gig ekonomi serta dana-dana dan kemudahan oleh kerajaan.

Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semak Status)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang eBelia IYRES termasuk syarat kelayakan permohonan, cara login dan semakan status:

Cara Daftar eBelia IYRES 2020 Online (Semak Status)

Pendaftaran eBelia IYRES Online


1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi http://ebelia.iyres.gov.my.

2. Klik pada butang 'Daftar'.

3. Di bahagian 'Maklumat Pendaftaran Profil Belia', anda masukkan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan sendiri.

4. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk pengesahan.

5. Masukkan alamat Emel yang sah dan klik 'Captcha' seperti yang tertera.

6. Tekan pada butang 'Daftar Pengguna'.

7. Sila semak email untuk klik butang pengesahan.

Cara Login eBelia IYRES Online


Setelah lengkap proses pendaftaran, sila login akaun eBelia IYRES seperti berikut :

1. Anda boleh login akaun menerusi http://ebelia.iyres.gov.my.
2. Klik pada butang 'Log Masuk'.
3. Masukkan alamat Emel yang sah dan password seperti yang didaftarkan.
4. Klik 'MyDashboard' dan klik 'Kemaskini Profil' untuk mengemaskini maklumat anda.

Semakan Status eBelia IYRES 2020 Online


Akan dikemaskini

Sebarang pertanyaan lanjut tentang eBelia IYRES, sila hubungi pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan di talian +603-8871 3344/3389 atau emel ke info@iyres.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.