Header Ads

Cara Daftar mySPP 2020 Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Online

Cara Daftar mySPP 2020 Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Online. Panduan buat warga pendidik yang ingin membuat pendaftaran Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Untuk makluman, kini kerajaan mengumumkan satu sistem online baharu iaitu Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan untuk permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan. Pendaftaran mySPP boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal rasmi mySPP.

Cara Daftar mySPP 2020 Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Online

Berdasarkan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Sistem mySPP dilancarkan bertujuan untuk memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja. Namun begitu, permohonan jawatan SPP melalui portal JobsMalaysia masih diteruskan dan sah sehingga 31 Julai 2020 sahaja.

Cara Daftar mySPP 2020 Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang mySPP termasuk memaparkan cara pendaftaran, mengisi maklumat dan semakan status :

Pendaftaran mySPP Online (Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan)


1. Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja.

2. Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan DAFTAR AKAUN BAHARU di laman utama mySPP melalui alamat URL https://myspp.spp.gov.my.


3. Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan seperti di bawah:


4. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

5. Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.

6. Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.

7. Selepas semua medan diisi, klik butang 'Daftar'.

8. Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang 'semula'.

Cara Mengisi mySPP


1. Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang Dimiliki. Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

2. Skrin Log Masuk mySPP.

3. Masukkan MyID dan Kata Laluan dan klik pada butang Log Masuk.

4. Seterusnya, jika tiada sebarang ralat, skrin seperti di bawah akan dipaparkan.

5. Pemohon boleh klik pautan KATA LALUAN / SOALAN KESELAMATAN untuk menukar kata laluan atau kod keselamatan. Skrin Tukar Kata Laluan seperti di bawah akan dipaparkan.

6. Pemohon boleh klik pautan Tukar Jawapan Soalan Keselamatan untuk menukar soalan keselamatan, skrin Tukar Jawapan Soalan Keselamatan seperti di bawah akan dipaparkan.

A. Maklumat Pemohon

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses daftar akaun baharu.

2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

3. Untuk makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian.

4. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.

B. Maklumat Akademik

1. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK antaranya iaitu PT3/PMR/SRP/LCE, SPM/MCE/SPM(V), Peperiksaan Tambahan, STPM/STP/HSC, STAM, Pengajian Tinggi dan Profesional.

C. Maklumat Kokurikulum

i. Sukan/ Persatuan

1. Klik pada pautan Sukan / Persatuan.

2. Sila pilih sukan yang disertai pada ruangan Sukan dan pilih juga peringkat penyertaan pada ruangan Peringkat.

3. Sila isikan Nama Persatuan / Kepimpinan yang disertai pada ruangan Nama Persatuan dan pilih jawatan yang disandang serta peringkat penyertaan pada ruangan Jawatan dan Peringkat.

4. Klik butang “+ Tambah” jika ingin menambah aktiviti sukan atau persatuan.

5. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat sukan dan persatuan lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat sukan dan persatuan yang telah dimasukkan.

ii. Rekacipta/ Pencapaian

1. Klik pada pautan Rekacipta / Pencapaian.

2. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi, pilih Sumbangan yang diberikan dan Peringkat penyertaan (jika ada).

3. Klik butang “+ Tambah” jika ingin menambah jenis Rekacipta dan Inovasi, kategori sumbangan serta peringkat penyertaan.

4. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat Rekacipta dan Inovasi lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat Rekacipta dan Inovasi yang telah dimasukkan.

5. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (jika ada).

Semakan Status Permohonan Jawatan mySPP Online


1. Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang mySPP, sila hubungi di talian seperti berikut :

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya.

Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : pro@spp.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.