Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan PTPO Sarawak 2020

Contoh Soalan Peperiksaan PTPO Sarawak 2020. Anda calon Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi Gred N19 bagi Negeri Sarawak. Sudahkah anda buat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini? Menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Sarawak di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan dilaksanakan pada 7 Ogos 2020. Untuk posting ini akan membantu para calon mengenai contoh soalan dan format peperiksaan online Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi sebagai rujukan sahaja.

Contoh Soalan Peperiksaan PTPO Sarawak 2020

Contoh Soalan Peperiksaan PTPO Sarawak 2020


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang memaparkan format exam, contoh soalan dan rujukan ;

Format Peperiksaan Online PTPO Sarawak 


Dalam peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) pada tahun 2020 terdapat dua (2) seksyen yang calon perlu laksanakan iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris :

SEKSYEN A : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
SEKSYEN B : KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan berkebolehan berfikir.

1. Terdapat 1000 biji guli pelbagai warna di dalam sebuah bilik stor. Jika dipilih secara
rawak kebarangkalian memilih sebiji guli hijau ialah 3/5. Berapakah bilangan guli hijau di dalam stor tersebut?
A. 50
B. 60
C. 300
D. 600

2. Berat bagi sebakul kelapa ialah 26kg, manakala berat bagi sebakul tembikai ialah 104kg. Berapakah peratus (%) lebihan berat sebakul tembikai berbanding sebakul
kelapa?
A. 78
B. 250
C. 300
D. 350

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?
A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar?
A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/45

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.
A. 0.25 liter
B. 0.26 liter
C. 1.28 liter
D. 2.6 liter

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

10. Ahmad berlari menuju ke arah timur sejauh 100 langkah. Kemudian berlari lagi berpatah balik ke tempat dia bermula. Setiap langkahnya berukuran purata 75cm. Berapakah jumlah jarak larian Ahmad?
A. 75m
B. 150m
C. 750m
D. 1500m

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Rujukan semata-mata!

NAK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PSEE? 


Untuk makluman Tim infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap untuk persiapan peperiksaan online Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi. Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan Matematik beserta jawapan dan jalan kerja.

Ini yang anda bakal dapat dalam rujukan ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan Daya Menyelesaikan
Masalah (30++ Soalan & Jawapan)
√ Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (30++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat



Untuk dapatkan nota peperiksaan online ini anda terus ke laman di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705

Join Channel Telegram PTPO SARAWAK 


Untuk join channel telegram ini sila ke laman ini https://t.me/pembantutadbir19

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.con

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.