Header Ads

LPPSA MyFinancing : Cara Daftar, Semak Status & Baki Pembiayaan

LPPSA MyFinancing : Cara Daftar, Semak Status & Baki Pembiayaan. Panduan buat pekerja sektor awam dimana kini Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh diakses melalui aplikasi mudah alih MyFinancing. Penjawat Awam boleh muat turun aplikasi mudah alih ini melalui platform Google Play dan App Store.

LPPSA MyFinancing : Cara Daftar, Semak Status & Baki Pembiayaan

Aplikasi LPPSA MyFinancing adalah merupakan satu aplikasi baharu yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk memberi kemudahan kepada pemohon dan peminjam LPPSA bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tentang amaun baki, pengeluaran pembiayaan, ansuran bulanan dan status akaun pembiayaan. 

LPPSA MyFinancing : Cara Daftar, Semak Status & Baki Pembiayaan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang LPPSA MyFinancing termasuk memaparkan cara pendaftaran, semakan status dan baki pembiayaan :

Kemudahan Aplikasi LPPSA MyFinancing 


Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi LPPSA MyFinancing adalah iaitu :


  • Amaun baki pembiayaan 
  • Amaun pengeluaran bayaran 
  • Amaun ansuran bulanan
  • Amaun tunggakan
  • Status akaun pembiayaan 
  • Status terkini permohonan pembiayaan 
  • Hebahan mengenai LPPSA

Cara Muat Turun Aplikasi LPPSA MyFinancing


Pengguna boleh memuat turun aplikasi LPPSA MyFinancing menerusi pautan di bawah :


LPPSA MYFINANCING IOS

Cara Daftar Aplikasi LPPSA MyFinancing


A. Paparan Log Masuk

Pengguna baru pertama kali menggunakan Aplikasi Mudah Alih perlu untuk mendaftar pengguna terlebih dahulu.

1. Tekan pada menu “Daftar Pengguna” atau Tekan perkataan “Daftar di sini”.

Bagi pengguna yang telah mendaftar pada Aplikasi Mudah Alih boleh terus log masuk.

1. Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.
2. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan pada pendaftaran pengguna Aplikasi Mudahalih.
3. Tekan butang “LOG MASUK”

B. Paparan Daftar Pengguna

Mesej Makluman dan Penafian akan dipaparkan dan pengguna disarankan untuk membaca Terma dan Syarat sebelum mendaftar.

Pengguna boleh memilih untuk Bersetuju atau Tidak Setuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan dengan:

1. Tekan “Setuju” untuk setuju dan meneruskan proses pendaftaran pengguna; 2. Tekan “Tidak Setuju” untuk kembali ke Paparan Log Masuk.

C. Paparan Terma dan Syarat

Pengguna disarankan untuk membaca Terma dan Syarat dan seterusnya pengguna boleh memilih untuk Bersetuju atau Tidak Setuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan dengan:

1. Tekan butang “Setuju” untuk setuju dan meneruskan proses pendaftaran pengguna; 2. Tekan butang “Tidak Setuju” untuk kembali ke Paparan Log Masuk.

D. Paparan Daftar Pengguna

Pendaftaran pengguna hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang telah mendaftar pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.

Jika pengguna belum mendaftar:

Tekan “Klik di sini jika anda belum mendaftar” bagi mendaftar pengguna pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.

Jika pengguna telah mendaftar, pengguna perlu untuk memasukkan maklumat di bawah seperti yang telah didaftarkan pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA:

1. Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.
2. Masukkan Kata Laluan.
3. Masukkan No Telefon Bimbit.
4. Masukkan Emel Peribadi.
5. Tekan butang 'DAFTAR'.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.