Header Ads

Permohonan Geran Usahawan Perak 2020 Online (GeRUP)

Permohonan Geran Usahawan Perak 2020 Online (GeRUP). Berita baik buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Perak dimana kerajaan negeri mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Geran Usahawan Perak. Bantuan kewangan yang berjumlah RM3,000 ini hanya diberikan kepada PKS Bumiputera di negeri Perak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Bagi berkelayakan boleh memohon Geran Usahawan Perak (GeRUP) secara online menerusi laman web rasmi https://gerup.smecorp.gov. Permohonan dibuka sehingga 30 Julai 2020.

Permohonan Geran Usahawan Perak 2020 Online (GeRUP)

Geran Usahawan Perak atau ringkasnya GeRUP adalah merupakan satu bantuan kewangan berjumlah RM3,000 secara one-off untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Permohonan Geran Usahawan Perak 2020 Online (GeRUP) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Usahawan Perak (GeRUP) termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh Pembayaran, aplikasi permohonan dan semakan status :

Tarikh permohonan : 16 Julai - 30 Julai 2020

Syarat Kelayakan Geran Usahawan Perak (GeRUP) 2020


Antara syarat-syarat kelayakan Geran Usahawan Perak adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
4. Memenuhi definisi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang
5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
6. Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
7. Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
8. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Tarikh Pembayaran Geran Usahawan Perak GeRUP 2020


Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 1 September 2020. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.

Permohonan Geran Usahawan Perak 2020 Online (GeRUP)

Cara Mohon Geran Usahawan Perak Online


Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web https://gerup.smecorp.gov.my

Semakan Status Geran Usahawan Perak GeRUP 2020 Online


1. Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan “Maklumat Berjaya Disimpan” setelah pemohon menekan butang “Hantar” permohonan.

2. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga melalui SMS selepas bulan September 2020.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim berkaitan Geran Usahawan Perak rujuk https://gerup.smecorp.gov.my/faq

Sebarang pertanyaan lanjut tentang GeRUP, sila hubungi di talian 05-529 1621 atau emel ke perak@smecorp.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.