Header Ads

Permohonan Projek Pertanian Bandar PENJANA (Borang)

Permohonan Projek Pertanian Bandar PENJANA (Borang). Berita baik buat rakyat Malaysia dimana menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kerajaan mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Projek Pertanian Bandar khususnya kepada penduduk bandar dan pinggir bandar. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada belia, NGO, perumahan bandar dan pinggir bandar, institusi kerajaan dan swasta serta komuniti luar bandar. Bagi berkelayakan boleh memohon Projek Pertanian Bandar dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi Jabatan Pertanian.

Permohonan Projek Pertanian Bandar PENJANA (Borang)

Permohonan Projek Pertanian Bandar PENJANA (Borang) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Projek Pertanian Bandar termasuk memaparkan kategori projek, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Sehingga 31 Julai 2020

Apa Itu Projek Pertanian Bandar


Projek Pertanian Bandar dilaksanakan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan.

Kategori Projek Pertanian Bandar 


Kategori Komuniti: Projek yang dilaksanakan di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

Kategori Individu: Projek yang dijalankan secara individu di kediaman masing-masing.

Kumpulan sasar untuk terlibat di dalam Projek Pertanian Bandar adalah seperti:

  • Belia
  • NGO
  • Perumahan bandar dan pinggir bandar
  • Institusi (kerajaan atau swasta) 
  • Komuniti (luar bandar) 

Bentuk Bantuan Projek Pertanian Bandar 


Insentif one-off berbentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal.

Syarat Kelayakan Projek Pertanian Bandar


Antara syarat-syarat kelayakan Projek Pertanian Bandar iaitu :

a. Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
b. Permohonan hanya terhad kepada 1 permohonan sahaja.
c. Berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
d. Bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pertanian.

Permohonan Projek Pertanian Bandar PENJANA (Borang)

Cara Mohon Projek Pertanian Bandar


1. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web Jabatan Pertanian http://www.doa.gov.my.

2. Sila muat turun borang permohonan dan print borang tersebut.

Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar (Kategori Individu)

Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar (Kategori Komuniti)

3. Lengkapkan borang permohonan tersebut.

4. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui emel ke alamat bandar@doa.gov.my atau dihantar secara terus ke pejabat Jabatan Pertanian Daerah terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian Pejabat Pertanian Daerah atau:

Bahagian Pertanian Bandar, Aras 12, Wisma Tani, Lot 4G2,
No 30, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62624 Putrajaya.

Telefon: 03-8870 3212/3616/3618/4226
Web: http://www.doa.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.