Header Ads

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 Online (Borang)

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 Online (Borang). Panduan buat anda yang hilang punca pendapatan dan terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Untuk makluman, kini kerajaan melalui TEKUN Nasional mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 untuk memberi peluang kepada golongan yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19. Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 disediakan untuk tujuan pembelian motosikal, baik pulih motosikal, pendaftaran bersama syarikat e-Hailing dan modal pusingan. Permohonan boleh dibuat secara online atau isi borang menerusi laman web rasmi TEKUN.

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 Online (Borang)

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 Online (Borang) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Apa Itu Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2.0? 


Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal. Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pinjaman TEKUN Mobilepreneur ini diberikan kepada mereka yang layak untuk:

1. Pembelian motosikal
2. Baik pulih motosikal
3. Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
4. Modal pusingan

Syarat Kelayakan Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2.0


Antara syarat-syarat kelayakan pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2.0 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia (Bumiputera/ India)
2. Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
4. Mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
5. Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
6. Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
7. Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
8. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
9. Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Kadar Jumlah Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 


Nilai pembiayaan RM1,000 sehingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut :


Cara Mohon Pinjaman TEKUN Mobilepreneur 2.0


A. Secara Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://mobilepreneur.tekun.gov.my/

2. Kemudian klik pada bahagian “Daftar Akaun Anda Sekarang”.

3. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan.

4. Kemudian, klik pada butang “Daftar Akaun”.

5. Buka emel dan tekan pada link bahagian pengesahan pendaftaran.

6. Masukkan alamat emel anda dan password yang telah didaftarkan.

7. Isi maklumat permohonan yang diperlukan sahaja.

B. Secara Manual

1. Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/borang-permohonan-mobilepreneur/

2. Lengkapkan semua borang beserta dokumen yang diperlukan.

3. Hantar borang yang telah lengkap diisi ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan


Borang permohonan anda mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah:

1. Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP25/JPP17).
2. Gambar pemohon berukuran passport.
3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.
4. Salinan lesen memandu B1/ B2 yang sah.
5. Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal.
6. Salinan geran motosikal yang sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
7. Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
8. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
9. Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
10. Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
11. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila layari laman web rasmi TEKUN https://www.tekun.gov.my.

Sumber : TEKUN

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.