Header Ads

Semakan Status Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online (BKIT)

Semakan Status Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online (BKIT). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal? Perhatian buat ibu tunggal yang telah membuat pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300. Untuk makluman, semak status kelulusan Bantuan Khas Ibu Tunggal akan dimaklumkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Bayaran sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak. Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.

Semakan Status Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online (BKIT)

Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara one-off
kepada ibu tunggal yang layak. Seramai 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal terima bayaran sebanyak RM300 secara one-off sebelum Aidiladha. Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan
JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020.

Semakan Status Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online (BKIT) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semak status :

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal 


Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300


Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia yang menetap (tinggal) di Malaysia.
2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi ibu tunggal (rujuk di bawah).
3. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Cara Semak Status BKIT Online 


Status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms).

Permohonan Rayuan Bantuan Khas Ibu Tunggal 


Tempoh permohonan rayuan BKIT akan dimaklumkan melalui portal rasmi JPW.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal, sila layari portal Jabatan Pembangunan Wanita https://www.jpw.gov.my/ atau hubungi di talian 03-8323 1000.

5 ulasan:

  1. Kalau lulus macam mana tahu

    BalasPadam
  2. Kalau lulus macam mana tahu

    BalasPadam
  3. boley sy thu mcm mne nk thu lulus kew x?

    BalasPadam
  4. Ibu Saya penerima bantuan jkm bulanan adakah beliau layak program ni n ibu tunggal 561217-03-5416 hrap bleh bg pncerahan skian t,ksih

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.