Header Ads

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik PTD (PSEE)

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik PTD (PSEE). Nak exam Pegawai Tadbir Diplomatik? Panduan buat anda yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 tahun 2021. Untuk makluman menerusi portal SPA, peperiksaan online memasuki Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan diadakan pada 8 Julai 2021. Dalam peperiksaan kali ini format diberikan tiga seksyen iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris. Untuk artikel ini akan dikongsikan contoh soalan daya menyelesaikan masalah.


Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik PTD (PSEE) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan daya menyelesaikan masalah peperiksaan SPA termasuk memaparkan soalan matematik :

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah calon dan soalan matematik. Soalan matematik yang akan ditanya dalam peperiksaan ini hanya merangkumi standard SPM sahaja.

1. Fatima menggunakan 10% daripada gaji beliau untuk membayar ansuran kereta. 
Jumlah simpanannya sama dengan jumlah perbelanjaan bulanannya. Sekiranya 
perbelanjaan bulanan yang diperuntukkan ialah RM2160, hitung gaji yang diterima 
oleh Fatima.
A. RM4104
B. RM4320
C. RM4752
D. RM4800

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Ramli dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Ramli dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Syarikat X membeli peralatan pada bulan januari 2005 dengan kos berjumlah 
RM40,000. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa sebanyak RM10,000 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, 
berapakah nilai susut nilai tahunan peralatan berkenaan?
A. RM4,000
B. RM6,000
C. RM8,000
D. RM10,000

7. Setelah penurunan harga sebanyak 35 peratus jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?
A. RM59.00
B. RM58.00
C. RM174.00
D. RM177.00

8. Sebuah kenderaan dipandu dengan purata kelajuan 113km/j selama 4 jam 30 minit. Setiap 2 liter minyak diesel, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 31.25 km. Berapa liter minyak diesel yang digunakan sejauh perjalanan tersebut?
A. 508.5 liter
B. 610.5 liter
C. 32.544 liter
D. 16.272 liter

9. Harga motorsikal Mikael ialah 33% lebih tinggi daripada harga motorsikal Adam. Berapakah beza harga motorsikal mereka berdua jika motorsikal Mikael berharga RM7,500?
A. RM5,639.10
B. RM5,025.00
C. RM2,475.00
D. RM1,860.90

10. Jisim bagi 15 biji buah ciku ialah 1425 kg. Buah-buah ciku tersebut dibahagikan kepada 5 orang. Berapakah purata jisim buah ciku yang diperolehi bagi setiap orang?
A. 95g
B. 25g
C. 285g
D. 475g

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Rujukan semata-mata!

Join Channel Telegram PTD 2021

Untuk dapatkan nota, contoh-contoh soalan dan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 join channel telegram ini :


Nak Dapatkan Rujukan Peperiksaan PTD? 


Berita baik buat calon PTD dimana Tim Infokerjaya terbitkan satu rujukan khas untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Rujukan ini boleh dibuat tempahan bermula daripada 4 Julai sehingga 7 Julai 2021.



Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.