Header Ads

Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD 2024-25 (Pegawai Tadbir Diplomatik)

Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD 2024-25 (Pegawai Tadbir Diplomatik). Anda calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik? Tahniah diucapkan kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 sesi Julai 2021. Untuk makluman menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dijalankan pada 8 Julai 2021. Berikut dikongsikan adalah contoh soalan pengetahuan am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. 


Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD 2021 (Pegawai Tadbir Diplomatik)


Contoh Soalan Pengetahuan Am PTD 2024-25 (Pegawai Tadbir Diplomatik) 


Berikut adalah contoh-contoh soalan peperiksaan, format terkini dan nota rujukan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 seperti di bawah :

Format Peperiksaan Online PTD


Berikut adalah format peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik sesi Julai 2021. Antaranya iaitu :

● Seksyen A : Pengetahuan Am
● Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
● Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik


Dalam seksyen ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan sains teknologi, pentadbiran negara, ekonomi, hal ehwal semasa, politik, sosial, dan lain-lain lagi.

1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal

A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah  
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?
A ) Laos
B ) Filipina
C ) Vietnam
D ) Myanmar

4. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

5. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

6. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung.   Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

7. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung.   Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

8. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

9. Malaysia menjaga hubungan diplomatik dengan pelbagai negara & organisasi melalui ketua perwakilan di 83 buah negara. Manakah antara berikut bukan gelaran yg betul bagi ketua perwakilan malaysia di luar negara
A) Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura
B) Duta besar Malaysia ke Sweden
C)  Duta besar Malaysia ke Kanada
D) Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka

10. Berikut adalah negara-negara yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 kecuali
A ) Indonesia
B ) Filipina
C ) Singapura
D ) Brunei

11. Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang mestilah melalui susunan tahap-tahap berikut
A ) Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
B ) Bacaan Pertama, Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
C ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Bacaan Ketiga dan Peringkat Jawatankuasa.
D ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga.

12. Tapak Ramsar berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Manakah antara berikut kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Ramsar?
I . Tapak Ramsar Sungai Pulai, Johor
II . Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang
III . Tapak Ramsar Pulau Kukup, Johor
IV . Tapak Ramsar Pulau Jerjak, Pulau Pinang
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

13. Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

14. Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ialah
I . pengangkutan
II . perhutanan
III . perkapalan
IV . pertahanan
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

15. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
A ) Perlis.
B ) Perak.
C ) Kedah.
D ) Kelantan

16. Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah
I . Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
II . Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri.
III . Kuasa kawalan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
IV . Meliputi Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
A ) I dan III
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) II dan IV

17. Pilih pernyataan yang benar mengenai Kabinet di Malaysia.
I . Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah
II . Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara
III . Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
IV . Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
A ) I dan III
B ) II dan IV
C ) I, II dan III
D ) I, II dan IV

18. Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli berdasarkan kategori berikut
A ) 35 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 35 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
B ) 57 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 13 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
C ) 50 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 20 ahli melalui pengundian oleh Negeri.
D ) 44 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, 26 ahli melalui pengundian oleh Negeri.

19. Berikut merupakan contoh-contoh Perlembagaan Bertulis kecuali
A ) Undang-undang Adat.
B ) Undang-undang Islam.
C ) Perundangan Subsidiari.
D ) Perlembagaan Persekutuan.

20. Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan maklumat kecuali
A ) integriti.
B ) privasi.
C ) kerahsiaan.
D ) ketersediaan.

Ini sekadar contoh soalan untuk latih tubi sebagai persediaan anda menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Join Channel Telegram PTD

Untuk dapatkan nota, contoh-contoh soalan dan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 join channel telegram ini https://t.me/examptd_2024

Nak Dapatkan Rujukan Peperiksaan PTD? 


Berita baik buat calon PTD dimana Tim Infokerjaya terbitkan satu rujukan khas untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Rujukan ini boleh dibuat tempahan bermula daripada 4 Julai sehingga 7 Julai 2021.



Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.