Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2024-25 (PTD)

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2024-25 (PTD). Panduan buat calon peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 sesi 2024-25. Sepertimana anda tahu jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau ringkasnya PTD merupakan sebuah jawatan antara yang popular dalam sektor Perkhidmatan Awam. Jika jawatan ini dibuka dalam sistem SPA, sudah pasti ribuan calon yang akan mendaftar jawatan PTD. Tahun ini, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dijalankan pada 8 Julai 2021. 


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2024 (PTD)

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2024-25 (PTD) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 termasuk memaparkan format peperiksaan, contoh Soalan dan rujukan :

Format Peperiksaan Online PTD


Dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik pada sesi Julai 2021 terdapat tiga seksyen yang calon perlu laksanakan iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa Inggeris :

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

● SEKSYEN C : KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


Antara contoh-contoh soalan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 :

Seksyen A : Pengetahuam Am

Dalam seksyen ini soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan politik, sosial, hal ehwal semasa, sains teknologi, ekonomi, perdagangan, sukan dan banyak lagi.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Jabatan Imigresen Malaysia menyediakan perkhidmatan berikut kecuali
A. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki 
Malaysia
B. Mengeluarkan Pasport dan dokumen perjalanan kepada warganegara dan 
penduduk tetap
C. Mengeluarkan Sijil Kerakyatan kepada bukan warganegara dan penduduk tetap
D. Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang 
diwartakan

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui
agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK
A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan
jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 23 tahun
D. 27 tahun

7. Apakah peranan utama Dewan Rakyat?
A. Membahaskan undang-undang
B. Meluluskan undang-undang
C. Menggubal undang-undang
D. Mengesahkan undang-undang

8. Siapakah yang mempunyai kuasa melantik Setiausaha Dewan Negara?
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Perdana Menteri
C. Speaker Dewan Negara
D. Speaker Dewan Rakyat

9. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua? 
A. Perlis. 
B. Perak. 
C. Kedah. 
D. Kelantan

10. Simbol bulatan pada logo Olimpik melambangkan 
A. penyatuan. 
B. jumlah benua.
C. keharmonian. 
D. semangat kesukanan

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik 

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah calon dan soalan matematik. Soalan matematik yang akan ditanya dalam peperiksaan ini hanya merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 45 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

1. Fatima menggunakan 10% daripada gaji beliau untuk membayar ansuran kereta. 
Jumlah simpanannya sama dengan jumlah perbelanjaan bulanannya. Sekiranya 
perbelanjaan bulanan yang diperuntukkan ialah RM2160, hitung gaji yang diterima 
oleh Fatima.
A. RM4104
B. RM4320
C. RM4752
D. RM4800

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Ramli dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Ramli dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Syarikat X membeli peralatan pada bulan januari 2005 dengan kos berjumlah 
RM40,000. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa sebanyak RM10,000 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, 
berapakah nilai susut nilai tahunan peralatan berkenaan?
A. RM4,000
B. RM6,000
C. RM8,000
D. RM10,000

7. Setelah penurunan harga sebanyak 35 peratus jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?
A. RM59.00
B. RM58.00
C. RM174.00
D. RM177.00

8. Sebuah kenderaan dipandu dengan purata kelajuan 113km/j selama 4 jam 30 minit. Setiap 2 liter minyak diesel, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 31.25 km. Berapa liter minyak diesel yang digunakan sejauh perjalanan tersebut?
A. 508.5 liter
B. 610.5 liter
C. 32.544 liter
D. 16.272 liter

9. Harga motorsikal Mikael ialah 33% lebih tinggi daripada harga motorsikal Adam. Berapakah beza harga motorsikal mereka berdua jika motorsikal Mikael berharga RM7,500?
A. RM5,639.10
B. RM5,025.00
C. RM2,475.00
D. RM1,860.90

10. Jisim bagi 15 biji buah ciku ialah 1425 kg. Buah-buah ciku tersebut dibahagikan kepada 5 orang. Berapakah purata jisim buah ciku yang diperolehi bagi setiap orang?
A. 95g
B. 25g
C. 285g
D. 475g

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik 


SAMPLE QUESTIONS 

Read the passage below carefully. Then, answer the questions that follow. 

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut. 

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish. 

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things. 

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking! 

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
Jawapan : B

2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D Dfood that is everyone’s favourite
Jawapan : B

3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
A has coconut milk in it
B has local ingredients
C is cooked with spices
D is simply delicious
Jawapan : A

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Rujukan semata-mata!

Join Channel Telegram PTD

Untuk dapatkan nota, contoh-contoh soalan dan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 join channel telegram ini https://t.me/examptd_2024

Nak Dapatkan Rujukan Peperiksaan PTD? 


Berita baik buat calon PTD dimana Tim Infokerjaya terbitkan satu rujukan khas untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Rujukan ini boleh dibuat tempahan bermula daripada 4 Julai sehingga 7 Julai 2021.



Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.