Header Ads

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 Online (TUNS)

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 Online (TUNS). Perhatian buat anda usahawan mikro di Negeri Sembilan. Untuk makluman, Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) menawarkan satu skim bantuan kepada usahawan mikro yang terjejas akibat COVID-19. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 secara dalam talian (online) bermula daripada 19 Ogos sehingga 20 September 2020 menerusi portal TUNS.



Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah satu inisiatif daripada kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan sebanyak RM3000. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan melalui TUNS. Tujuan utama penubuhan TUNS adalah untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan berskala mikro yang berjaya.


Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 Online (TUNS) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Tabung Usahawan Negeri Sembilan termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :


Tarikh Permohonan : 19 Ogos - 20 September 2020 


Syarat Kelayakan Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020


Antara syarat-syarat kelayakan Tabung Usahawan Negeri Sembilan adalah seperti berikut:


1. Warganegara Malaysia.

2. Perniagaan perlulah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.

3. Perniagaan perlu beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.

4. Perniagaan mestilah memenuhi definisi mikro iaitu jualan tahunan kurang RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

5. Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa.


Jenis Perniagaan Yang Layak TUNS


Antara pembiayaan yang layak dimohon melalui TUNS iaitu :


- Kesihatan 

- Telekomunikasi 

- Automotif 

- Kecantikan

- Makanan

- Pelancongan

- Francais

- Perkhidmatan 

- Pembinaan

- Pemborongan

- Peruncitan 

- Kraftangan 

- Tekstil


Cara Mohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2020 Online


Permohonan boleh dibuat secara online di laman web TUNS https://tuns.my/


Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan


Antara dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan iaitu :


1. Salinan kad pengenalan (perlu disahkan)

2. Gambar pemohon berukuran passport

3. Salinan lesen perniagaan

4. Salinan perakuan pendaftaran SSM (perlu disahkan)

5. Salinan penyata kewangan/akaun bank

6. Gambar perniagaan (screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan).

7. Salinan perjanjian sewa

8. Bil utiliti/resit pembayaran

9. Sebut harga


Nota : Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JPKKP / Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri.


Untuk dapatkan soalan lazim TUNS sila ke FAQ


Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus ke alamat:


Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) PKNNS, 23-H,

Jalan Zaaba, 70100 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.