Header Ads

Geran Khas PRIHATIN 4.0 : Permohonan Baru, Semakan Status Dan Rayuan GKP Online

Geran Khas PRIHATIN 4.0 : Permohonan Baru, Semakan Status Dan Rayuan GKP Online. Berita baik buat peniaga PKS yang ingin memohon bantuan kewangan untuk perniagaan mereka. Untuk makluman menerusi perutusan PEMULIH pada 28 Jun 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melanjutkan pemberian Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1000 kepada 1 juta usahawan. Bayaran GKP akan dibuat secara ansuran sebanyak dua (2) kali pada bulan September dan November 2021. Bagi usahawan mikro yang belum pernah menerima Geran Khas PRIHATIN boleh buat pendaftaran pada bulan Julai 2021. 


Geran Khas PRIHATIN 4.0 : Permohonan Baru, Semakan Status Dan Rayuan GKP Online


Geran Khas PRIHATIN 4.0 : Permohonan Baru, Semakan Status Dan Rayuan GKP Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang GKP 4.0 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh bayaran, permohonan baharu dan semakan status :


Apakah GKP 4.0?


GKP 4.0 adalah merupakan bantuan kewangan secara ansuran berjumlah RM1,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.


Syarat Kelayakan Memohon GKP 4.0


Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:


a. Bukan penerima GKP sebelum ini. 

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia. 

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000. 

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik. 

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut :

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; 

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Kadar Bantuan GKP 4.0


Jumlah nilai bantuan GKP 4.0 adalah RM1,000 secara ansuran bagi bulan September dan November 2021.


Cara Permohonan Baharu Geran Khas Prihatin 4.0


Permohonan baru GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian bermula pada bulan Julai 2021 melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my/.


Semakan Keputusan Permohonan GKP 4.0 


Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada bulan Ogos 2021 bagi permohonan baharu GKP 4.0.


Nota : Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 4.0.


Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web GKP. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.