Header Ads

Semakan Jadual Temuduga SPA9 2020 Online Kerja Kerajaan

Semakan Jadual Temuduga SPA9 2020 Online Kerja Kerajaan. Panduan buat calon yang membuat permohonan jawatan kosong SPA dalam sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, kini anda boleh semak panggilan dan penjadualan temuduga SPA tahun 2020 secara online menerusi laman web rasmi SPA9. Dalam sistem ini akan memaparkan senarai jawatan yang akan di temuduga dan pautan untuk semakan.



Temuduga adalah merupakan fasa terakhir buat calon SPA dimana ianya penentu untuk menyandang jawatan dalam sektor perkhidmatan awam. Sekiranya berjaya anda bakal menjadi seorang penjawat awam di Malaysia. 


Semakan Jadual Temuduga SPA9 2020 Online Kerja Kerajaan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang penjadualan temuduga SPA termasuk memaparkan cara login dan semakan :

Cara Semak Penjadualan Temuduga SPA9 Online 


1. Untuk semakan jadual temuduga boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/senarai-penjadualan-temu-duga

2. Anda boleh lihat senarai jawatan yang akan dipanggil temuduga. 

3. Klik pada link jawatan yang dipohon. 

4. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang hantar. 

Senarai Jadual Temuduga SPA Bulan Oktober 2020 


Mengikut jadual temuduga SPA terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, terdapat beberapa jawatan yang dipanggil untuk menghadiri temuduga kerajaan seperti berikut ;
(Jabatan Arkib Negara Malaysia) 
Tarikh Temuduga : 11 Oktober - 22 Oktober 2020 

2. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
(Kementerian Kesihatan Malaysia) 
Tarikh Temuduga : 11 Oktober - 14 Oktober 2020 

3. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 (Kejuruteraan Mekanikal)
(Kementerian Sumber Manusia) 
Tarikh Temuduga : 11 Oktober - 21 Oktober 2020 

(Jabatan Landskap Negara) 
Tarikh Temuduga : 20 Oktober - 28 Oktober 2020 

(Jabatan Landskap Negara) 
Tarikh Temuduga : 12 Oktober - 21 Oktober 2020 

(Agensi Nuklear Malaysia) 
Tarikh Temuduga : 5 Oktober - 9 Oktober 2020 

* Kemaskini sehingga 2 Oktober 2020.

Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 


Bagi anda memerlukan nota-nota dan tips-tips temuduga kerja kerajaan boleh klik pautan di bawah. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.