Header Ads

Cara Isi MyResume SPA Dengan Lengkap

Cara Isi MyResume SPA Dengan Lengkap. Panduan buat anda yang dipanggil temuduga kerja kerajaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Bukan mudah untuk berada di fasa temuduga kerana anda perlu melalui beberapa fasa sebelum ini iaitu peperiksaan online, Psikometrik atau ujian fizikal. Jadi inilah peluang terbaik anda untuk membuktikan diri yang layak menjawat jawatan SPA yang dikehendaki.




Namun begitu, ada di antara calon yang terlepas pandang atau tidak tahu tentang hal ini yang mengakibatkan mereka gagal dalam temuduga. Salah satu sebab utama kegagalan adalah tidak melengkapkan MyResume atau tidak dicetak ketika sesi temuduga. Berikut adalah panduan isi MyResume SPA yang perlu diambil berat setiap calon.


Cara Isi MyResume SPA Dengan Lengkap 


1. Calon perlu layari ke laman web rasmi https://myresume.spa.gov.my/


2. Untuk daftar masuk, sila isi ID Pengguna dan Kata Laluan sepertimana anda isi dalam sistem SPA9. 



3. Kemudian, masukkan Kod Keselamatan dan klik pada butang 'Masuk'. 


4. Sila lengkapkan Maklumat Asas anda yang mengandungi MyFoto, Peribadi, Ibu/ Bapa dan Salinan KP/ Sijil Lahir. 


5. Setelah itu, lengkapkan 'Maklumat Akademik' di peringkat Menengah, Tinggi dan muat naik salinan Sijil Akademik. 


6. Lengkapkan Maklumat Pengalaman sama ada anda pernah bekerja di sektor kerajaan atau swasta. Muat turun salinan dokumen berkaitan. 


7. Kemudian, lengkapkan Maklumat Kemahiran yang calon ada iaitu Komputer, Bakat/ Seni dan Lain-lain. 


8. Isi lain-lain maklumat yang berkaitan iaitu sukan/ permainan, persatuan/ kepimpinan, badan profesional, khidmat masyarakat, penyelidikan, anugerah dan rujukan. 


9. Setelah lengkap isi, sila cetak MyResume tersebut dan bawa ketika temuduga nanti. 


Nota :


a. Untuk daftar masuk, sila gunakan maklumat daftar masuk Sistem SPA9.

b. Pemohon perlu mendaftar akaun baru di Sistem SPA9.

c. Sekiranya anda lupa kata laluan, sila gunakan Sistem SPA9 untuk set semula kata laluan.


Sebarang kemusykilan berhubung masalah teknikal dengan MyResume, sila email kepada shazariah@spa.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.