Header Ads

Cara Isi MyResume SPA Dengan Lengkap (Log Masuk)

Cara Isi MyResume SPA Dengan Lengkap. Panduan buat anda yang dipanggil temuduga kerja kerajaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Bukan mudah untuk berada di fasa temuduga kerajaan kerana anda perlu melalui beberapa fasa sebelum ini iaitu peperiksaan online, ujian psikometrik atau ujian fizikal. Jadi inilah peluang terbaik calon untuk membuktikan diri yang mereka layak menjawat jawatan SPA yang dikehendaki.




Namun begitu, ada di antara calon yang terlepas pandang atau tidak tahu tentang hal ini yang mengakibatkan mereka gagal dalam temuduga. Salah satu sebab utama kegagalan calon adalah tidak melengkapkan MyResume atau tidak dicetak ketika sesi temuduga. Berikut adalah panduan isi MyResume SPA yang perlu diambil berat setiap calon.


Cara Isi MyResume SPA Dengan Lengkap 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan isi myresume SPA termasuk memaparkan cara daftar dan log masuk :


1. Calon perlu layari ke laman web rasmi https://myresume.spa.gov.my/


2. Untuk daftar masuk, sila isi ID Pengguna dan Kata Laluan sepertimana anda isi dalam sistem SPA9. 



3. Kemudian, masukkan Kod Keselamatan dan klik pada butang 'Masuk'. 


4. Sila lengkapkan Maklumat Asas anda yang mengandungi MyFoto, Peribadi, Ibu/ Bapa dan Salinan KP/ Sijil Lahir. 


5. Setelah itu, lengkapkan 'Maklumat Akademik' di peringkat Menengah, Tinggi dan muat naik salinan Sijil Akademik. 


6. Lengkapkan Maklumat Pengalaman sama ada anda pernah bekerja di sektor kerajaan atau swasta. Muat turun salinan dokumen berkaitan. 


7. Kemudian, lengkapkan Maklumat Kemahiran yang calon ada iaitu Komputer, Bakat/ Seni dan Lain-lain. 


8. Isi lain-lain maklumat yang berkaitan iaitu sukan/ permainan, persatuan/ kepimpinan, badan profesional, khidmat masyarakat, penyelidikan, anugerah dan rujukan. 


9. Setelah lengkap isi, sila cetak MyResume tersebut dan bawa ketika temuduga nanti. 


Nota :


a. Untuk daftar masuk, sila gunakan maklumat daftar masuk Sistem SPA9.

b. Pemohon perlu mendaftar akaun baru di Sistem SPA9.

c. Sekiranya anda lupa kata laluan, sila gunakan Sistem SPA9 untuk set semula kata laluan.


Sebarang kemusykilan berhubung masalah teknikal dengan MyResume, sila email kepada shazariah@spa.gov.my.

13 ulasan:

  1. Jika tiada pengalaman Kerja, adakah Saya perlu isi apa2 dalam ruangan tersebut? Saya suda mengisi semua Maklumat tetapi cek dalam senarai semak tidak mempunyai Maklumat. Bagaimana hendak muat turun?

    BalasPadam
  2. Apa contoh keterangan sijil ketika nk upload gmbr ic tu??

    BalasPadam
  3. Apakah contoh keteranagan sijil ketika upload gambar ic tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la saya pon ingin mengetahui ape yg dimaksudkan keterangan sijil tersebut..

      Padam
  4. Apa yang di maksudkan keterangan sijil

    BalasPadam
  5. Apa maksud keterangan sijil yg kt kena isi

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak punya detail sijil tu dalam galery. apa yang saya buatla say snap gambar sijil tu, pastu kalau nak tau dia punya keterangan tu saya pergi dekat telegram saya hantar gambr tu melalui file so kat situ dia akan tulis IMG_5755.JPG so kat situ kita tau laa yang image sijil tu dalam saya punya gallery yang ke 5755. macam tu faham tak? sebab saya pun taktau jugak tapi saya try buat cara tu & yes maklumat tu boleh disimpan

      Padam
    2. Untuk keterangan sijil tu saya detailskan dokumen yang kita nak upload. Contohnya mula mula kad pengenalan hadapan. Then upload kedua saya kad pengenalan belakang. So ikut logiknya dari list tu kita boleh tahu apa yang kita dah upload. Itu yang saya buatlah. Masih tercari cari lagi jawapan yang betul.

      Padam
  6. Saya dah masukan dah upload sijil saya tapi bila saya print senarai semaksemua sijil² yg saya upload tiada .sedangkan dalm sistem tu dh ada.kenapa jadi mcm ti.

    BalasPadam
  7. KENAPE DEKAT SENARAI SEMAK SAYA KOSONG ? PADAHAL SAYA DH MASUKKAN SEMUA MAKLUMAT DALAM TU .. MACAM MANA NAK CETAK SENARAI TU ?

    BalasPadam
  8. kenapa xde senarai semak? nk cetak cane ni? muklumat semua dah isi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.