Header Ads

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB29/ KB41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB29/ KB41. Anda calon peperiksaan Penguasa Bomba? Tahniah diucapkan kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Penguasa Bomba sesi November 2020. Untuk makluman menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, peperiksaan online Penguasa Bomba Gred KB29/ KB41 akan dijalankan pada 19 November 2020. Berikut dikongsikan adalah contoh soalan pengetahuan am Penguasa Bomba. 




Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB29/ KB41


Berikut adalah contoh-contoh soalan peperiksaan, format terkini dan nota rujukan peperiksaan Penguasa Bomba seperti di bawah :

Format Peperiksaan Online Penguasa Bomba 2020 


Berikut adalah format peperiksaan online Penguasa Bomba Gred KB29 Dan KB41 sesi November 2020. Antaranya iaitu :


● Seksyen A : Pengetahuan Am
● Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
● Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan urusan kebombaan, keselamatan, bidang sosial, kenegaraan Malaysia dan lain-lain perkembangan semasa. 

 1. Semua yang berikut adalah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali

A. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

B. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh 4 hingga 8 orang ahli serta 3 orang pegawai ex-officio.

C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Raja atau Yang Di Pertua Negeri.

D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif negeri.


2. Nama Portal rasmi Kerajaan Malaysia ialah

A. EGNet

B. MyNET

C. Malaysia NET

D. myGovernment


3. Berikut merupakan bahan accelerent yang sering menjadi punca kebakaran kecuali

A. spirit

B. diesel

C. petrol

D. detergent


4. Alat pemadam api jenis buih iaitu alat pemadam api mudah alih. Apakah media pemadaman alat pemadam api tersebut?

A. Sabun. C. Serbuk

B. Pasir. D. Buih


5. Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan maklumat kecuali

A. integriti.

B. privasi.

C. kerahsiaan.

D. ketersediaan.


6. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah  

A. Menteri Besar.

B. Ketua Menteri.

C. Majlis Mesyuarat Kerajaan.

D. Setiausaha Kerajaan Negeri.


7. Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?

A. Laos

B. Filipina

C. Vietnam

D. Myanmar


8. Berikut adalah negara-negara yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 kecuali

A. Indonesia

B. Filipina

C. Singapura

D. Brunei


9. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?

A. Perlis.

B. Perak.

C. Kedah.

D. Kelantan


10. Pilih pernyataan yang benar mengenai Kabinet di Malaysia.

I . Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah

II . Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara

III . Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara

IV . Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong

A. I dan III

B. II dan IV

C. I, II dan III

D. I, II dan IV


11. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

A. Yang di-Pertuan Agong

B. Senator

C. Dewan Negara

D. Dewan Rakyat


12. Kali terakhir Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia diadakan ialah pada tahun

A. 2000

B. 2005

C. 2010

D. 2015


13. Dasar Biobahan Api Nasional (NBP) ditubuhkan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan dengan menghasilkan biodiesel sawit. Berikut adalah faedah-faedah penggunaan biodiesel kecuali

A. Mampu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca

B. Mengandungi nombor setana yang lebih tinggi

C. Mengurangkan pelepasan gas sulfur dioksida 

D. Merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu


14. PENJANA atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah diperkenalkan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan, terutamanya semasa pandemik COVID-19 melanda. 3 teras utama digariskan kecuali

A. Memperkasakan Rakyat

B. Melonjakkan Perniagaan

C. Merangsang Ekonomi

D. Memperkukuhkan Politik


15. Jawatan berikut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kecuali

A. Perdana Menteri

B. Ketua Hakim Negara

C. Hakim Mahkamah Persekutuan

D. Menteri Besar


Ini sekadar contoh soalan untuk latih tubi sebagai persediaan anda menghadapi peperiksaan online Penguasa Bomba. 


Nak rujukan lengkap peperiksaan Penguasa Bomba? 



Nak dapatkan nota-nota dan rujukan lengkap peperiksaan Penguasa Bomba KB29/41 sila join channel telegram ini https://t.me/exampenguasabomba2020



Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.