Header Ads

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 Online

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 Online. Panduan buat pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan Ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula pada 1 Disember 2020 menerusi laman web i-Sinar. 



Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.


Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah pengeluaran, cara permohonan dan semakan status:


Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP


Antara syarat-syarat kelayakan i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:


1. Berumur 55 tahun dan ke bawah. 


2. Ahli atau pencarum yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji. 


3. Ahli aktif KWSP mempunyai sekurang-kurangnya 1 bulan caruman mulai Mac 2019 hingga Februari 2020. 


4. Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan. 


Contoh Pengiraan Jumlah Pengeluaran i-Sinar KWSP


Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.


2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.


Cara Mohon i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP


Akan dikemaskini


Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.