Header Ads

Cara Semak Status Scammer 2021 Online CCID (Report Fake)

Cara Semak Status Scammer 2021 Online CCID (Report Fake). Anda pernah terima panggilan daripada nombor tidak dikenali? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara semak nombor panggilan sama ada benar atau scammer. Biasanya anda pernah terima panggilan daripada nombor seseorang yang tidak dikenali sehinggakan ada yang terkena penipuan melibatkan pindaan wang ke akaun bank scammer. Untuk makluman, kini pengguna boleh semak status scammer secara dalam talian (online) menerusi laman web CCID www.ccid.rmp.gov.my/semakmule. 


Semakan Status Scammer 2021 Online CCID (Report Fake)


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Commercial Crime Investigation Department (CCID) telah melancarkan satu portal online iaitu 'Semak Smule' yang bertujuan membolehkan pengguna membuat semakan akaun bank dan nombor telefon secara dalam talian bagi mengetahui samada urusniaga itu adalah scammer atau sebaliknya.


Cara Semak Status Scammer 2021 Online CCID (Report Fake) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status scammer CCID termasuk memaparkan jenis jenayah siber dan aplikasi online :


Senarai Jenis 'Commercial Crime' 


1. Credit card fraud

2. International scam

3. Parcel scam

4. E-banking fraud

5. Insurance fraud

6. Love scam

7. Inheritance fraud


Cara Semakan Status Scammer Online


1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

2. Masukkan Nombor Akaun atau Nombor Telefon di ruangan disediakan.

3. Masukkkan Captcha yang dipaparkan di screen anda. 

4. Kemudian, klik pada butang 'Semak Maklumat.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,

Polis Diraja Malaysia,

Aras 33, Menara 238,

Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-26101222

No. Fax: 03-26101000

Bilik Gerakan: 03-26101599

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.