Harga Renew Lesen Memandu 2021 Di Pejabat Pos & JPJ
Harga Renew Lesen Memandu 2021 Di Pejabat Pos & JPJ. Berapakah harga renew lesen kenderaan tahun 2021? Panduan buat pemandu yang ingin ketahui harga terkini renew lesen memandu kereta dan motorsikal. Untuk makluman, kini pengguna boleh renew lesen memandu secara atas talian (online) atau hadir sendiri ke Pejabat Pos/ JPJ dan UTC.
Kini pengguna boleh memperbaharui lesen memandu kompeten di JPJ Negeri/ Cawangan, Urban Transformation Centre (UTC), Kiosk eKhidmat dan Pejabat Pos Malaysia. Tempoh memperbaharui lesen memandu hanya dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.
Harga Renew Lesen Memandu 2021 Di Pejabat Pos & JPJ
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang harga renew lesen kereta dan motorsikal termasuk memaparkan cara memperbaharui lesen di JPJ dan Pejabat Pos atau UTC :
Senarai Jenis Lesen Memandu Yang Boleh Renew Di Pejabat Pos
Bagi lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan Pejabat Pos yang berdekatan. Manakala lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu renew di Pejabat JPJ sahaja.
Harga Renew Lesen Kereta Terkini
- 1 tahun – RM30
- 2 tahun – RM60
- 3 tahun – RM90
- 4 tahun – RM120
- 5 tahun – RM150
Harga Renew Lesen Motosikal Terkini
- 1 tahun - RM20
- 2 tahun - RM40
Cara Renew Lesen Memandu Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
1. Hadir ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang berdekatan.
2. Sila bawa MyKad/Pasport asal dan lesen memandu asal/salinan.
Post a Comment