Header Ads

Semakan Status Halal JAKIM Online (Status Premis/ Produk Makanan)

Semakan Status Halal JAKIM Online (Status Premis/ Produk Makanan). Nak tahu sesuatu produk atau premis makanan yang halal? Panduan buat umat Islam yang ingin semak status halal produk atau premis makanan. Sekarang ini sudah tiada alasan lagi untuk anda tersilap menggunakan produk yang tidak halal dimana pengguna boleh semak status halal menerusi portal Direktori Halal Malaysia www.halal.gov.my. Ini kerana anda boleh mengenal pasti barangan halal berpandukan logo halal, dan menyemak untuk mengesahkan samada sesuatu produk itu telah mendapat sijil halal JAKIM, secara online. 


Semakan Status Halal JAKIM Online (Status Premis/ Produk Makanan)



Portal Direktori Halal Malaysia akan menyenaraikan syarikat dan produk yang mempunyai sijil halal yang diluluskan oleh JAKIM. Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan juga kategori-kategori berikut -Syarikat, Hotel & Resort, Premis Makanan, Menu Makanan, Produk, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan, Rumah Sembelihan, Logistik dan International.


Semakan Status Halal JAKIM Online (Status Premis/ Produk Makanan)  


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang status premis/ produk makanan halal termasuk memaparkan aplikasi online :


Cara Semak Status Halal Online 


Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan status halal ke atas produk atau syarikat dalam negara:

1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web Direktori Halal Malaysia

2. Di bahagian carian, anda boleh memilih negeri dan kategori.

3. Di ruangan 'Semakan Status Halal', masukkan kata kunci dan klik ikon 'carian'.

4. Maklumat carian akan memaparkan nama & alamat syarikat beserta tarikh luput sijil halal.


Nota : Anda boleh cetak maklumat yang dipaparkan untuk rujukan.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :


BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,

Aras 6 & 7, Blok D,

Kompleks Islam Putrajaya (KIP),

No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,

Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.


Telefon : 03-8892 5000

Fax : 03-8892 5005

Emel : pr_halal@islam.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.