Header Ads

Pengeluaran i-Citra KWSP : Cara Permohonan, Semakan Status & Rayuan

Pengeluaran i-Citra KWSP : Cara Permohonan, Semakan Status & Rayuan. Nak mohon pengeluaran i-Citra KWSP? Berita baik buat semua pencarum KWSP. Untuk makluman menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan program i-Citra yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh lima (5) bulan kepada semua pencarum KWSP. Permohonan i-Citra boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 12 Julai 2021 menerusi laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli KWSP pada bulan Ogos 2021.


Pengeluaran i-Citra KWSP : Cara Permohonan, Semakan Status & Rayuan


Menerusi program i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Tujuan i-Citra diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menghadapi cabaran kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam masa terdekat ini. 


Pengeluaran i-Citra KWSP : Cara Permohonan, Semakan Status & Rayuan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Citra KWSP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :


Tarikh Permohonan : 12 Julai - 30 September 2021


Apa Itu i-Citra KWSP? 


i-Citra KWSP adalah satu pengeluaran terbaru KWSP yang ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini. 


Syarat Kelayakan Permohonan i-Citra KWSP 


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan pengeluaran i-Citra KWSP adalah seperti berikut :


a. Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2. 


b. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan. 


Tarikh Bayaran i-Citra KWSP 


Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli masing-masing pada bulan Ogos 2021.


Pengeluaran i-Citra KWSP : Cara Permohonan, Semakan Status & Rayuan


Cara Memohon i-Citra KWSP Online 


Permohonan pengeluaran i-Citra KWSP boleh dibuat menerusi portal icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021. 


Semakan i-Citra KWSP 


Untuk semakan baki KWSP, ahli boleh semak jumlah simpanan melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun dan Kios KWSP. 


Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.


BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 2021


Sumber : KWSP

2 ulasan:

  1. saya ingin daftar i-citra.boleh kah saya daftar sekarang walaupun tempoh tarikh sudah tamat?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.