Header Ads

Cara Pos Barang Shopee Guna Ninja Van Malaysia (Login)

Cara Pos Barang Shopee Guna Ninja Van Malaysia (Login). Panduan buat penjual online yang ingin pos barang menggunakan Ninja Van Malaysia. Kini, penjual Shopee boleh menggunakan Ninja Van untuk penghantaran produk atau barang ke destinasi yang dikehendaki.


Cara Pos Barang Shopee Guna Ninja Van Malaysia (Login)


Ninja Van merupakan syarikat perkhidmatan penghantaran multinasional Singapura. Ia ditubuhkan pada tahun 2014, dimana syarikat ini terlibat dalam penghantaran logistik dan pakej terakhir. Ninja Van mempunyai gudang penghantaran di seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Kini, Ninja Van boleh digunakan untuk penghantaran sehingga 30kg (berat sebenar atau volumetrik mana yang lebih tinggi).


Cara Pos Barang Shopee Guna Ninja Van Malaysia (Login)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pos barang Shopee guna Ninja Van termasuk memaparkan kelebihan dan cara penghantaran :


Panduan Pos Barang Shopee Guna Ninja Van


1. Penjual akan menerima pesanan untuk dihantar menggunakan Ninja Van.


2. Penjual menyediakan bungkusan mengikut pesanan yang dilampirkan dengan Air Waybill (ukuran A6) yang dicetak dari Pusat Penjual Shopee. Pastikan anda membalut bungkusan produk anda bagi mengelak dari sebarang kesan kerosakan semasa penghantaran.


3. Penjual menghantar pesanan melalui pilihan pelepasan atau pengambilan tanpa bayaran pendahuluan.


4. Ninja Van meneruskan penghantaran dan kenakan pembayaran kepada Shopee untuk kos penghantaran yang dikeluarkan.


5. Shopee akan membayar Ninja Van kos penghantaran yang dikeluarkan dan menyerahkan baki pembayaran pesanan kepada penjual.


6. Sekiranya bayaran penghantaran sebenar yang ditentukan oleh Ninja Van lebih daripada anggaran kos penghantaran yang dikira berdasarkan berat yang ditentukan oleh penjual dalam senarai produk, Shopee akan memotong lebihan kos penghantaran dari pembayaran penjual dan menyerahkan baki kepada penjual.


Nota : Penjual mestilah memenuhi jumlah Purata Pesanan Harian (ADO) minimum sebanyak 10 pesanan berbayar pada setiap hari agar layak menggunakan pick up, tertakluk kepada kawasan liputan pengambilan Ninja Van.


Kelebihan Menggunakan Ninja Van Shopee


Antara kelebihan-kelebihan menggunakan Ninja Van Shopee adalah seperti berikut :


1. Menghantar pesanan tanpa bayaran pendahuluan


Anda boleh memilih untuk menghantar bungkusan anda di pusat penghantaran Ninja Van terdekat tanpa membuat bayaran pendahuluan.


2. Airway Bill Automatik


Anda boleh terus mencetak Air Waybill dari Pusat Penjual Shopee daripada menggunakan waybill tulisan tangan.


3. Pengiraan kos penghantaran secara automatik


Bayaran penghantaran akan dikira dan disesuaikan secara automatik berdasarkan jumlah berat produk ketika pembeli membeli beberapa produk dari kedai anda bagi setiap pesanan.


Untuk maklumat lanjut mengenai proses pemenuhan pesanan Ninja Van sila rujuk pautan https://shopee.com.my/events3/code/3552763834/.


Sumber : Shopee

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.