Header Ads

Semakan e-Pengambilan PDRM 2023 Online (epengambilanpdrm.rmp.gov.my)

Semakan e-Pengambilan PDRM 2023 Online (epengambilanpdrm.rmp.gov.my). Nak semak status permohonan PDRM? Panduan buat mereka yang membuat permohonan jawatan kosong PDRM tahun 2023. Untuk makluman, kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan sistem e-Pengambilan PDRM bagi memudahkan membuat permohonan jawatan dan semakan pengambilan polis. Pemohon yang berkelayakan boleh terus buat permohonan jawatan kosong PDRM tahun 2023 secara dalam talian melalui portal e-Pengambilan. 


Semakan e-Pengambilan PDRM 2023 Online (epengambilanpdrm.rmp.gov.my)

Semakan e-Pengambilan PDRM 2023 Online (epengambilanpdrm.rmp.gov.my)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang e-Pengambilan PDRM termasuk memaparkan cara pendaftaran, login dan aplikasi semakan status :

Cara Daftar Sistem e-Pengambilan PDRM Online


1. Untuk pertama kali, anda perlu membuat pendaftaran pengguna baru dengan melayari ke laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

2. Pemohon perlu mengisi maklumat akaun yang lengkap seperti ID Pengguna, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Emel dan Soal Keselamatan Kata Laluan. Pastikan anda masukkan alamat emel yang sah.

3. Selain itu, lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, jantina, no KP baru, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon. 

4. Setelah lengkapkan maklumat anda perlu masukkan kod pengesahan dan klik butang SERAH. 

5. Sekiranya akaun permohonan dah aktif, anda perlu Log Masuk dengan isikan ID Pengguna dan Kata Laluan. 

Nota : Bagi anda nak buat pendaftaran sistem e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila muat turun Manual Pengguna e-Pengambilan

Log Masuk e-Pengambilan PDRM Online


1. Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk akaun.

2. Klik pada menu 'Maklumat Peribadi' dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.

3. Pada bahagian keluarga, masukkan maklumat keluarga anda.

4. Pada bahagian akademik, masukkan maklumat PT3/PMR dan SPM anda.

5. Simpan maklumat.

Cara Semakan Status e-Pengambilan PDRM Online



1. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang semak.

2. Status pengambilan akan dipaparkan di screen telefon dan komputer.

3. Cetak surat panggilan anda bagi yang berjaya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM, https://www.facebook.com/Unitpengambilan/ atau hubungi talian 03-22668350/ 8348/ 8344. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.