Header Ads

Semakan Status Permohonan i i-Citra KWSP 2021 Online (Rayuan)

Semakan Status Permohonan i i-Citra KWSP 2021 Online (Rayuan). Panduan buat pencarum KWSP yang telah membuat permohonan i-Citra KWSP tahun 2021. Untuk makluman menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan program i-Citra yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada semua pencarum KWSP. Permohonan i-Citra telah dibuat secara dalam talian bermula pada 12 Julai 2021. Kini, pemohon boleh membuat semakan status i-Citra KWSP menerusi laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my. Pembayaran pertama i-Citra akan dikreditkan dalam akaun ahli KWSP pada bulan Ogos 2021.


Semakan Status Permohonan i i-Citra KWSP 2021 Online (Rayuan)



Menerusi program i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Tujuan i-Citra diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menghadapi cabaran dan kelangsungan hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam masa terdekat ini. 


Semakan Status Permohonan i i-Citra KWSP 2021 Online (Rayuan)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Citra KWSP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :


Tarikh Permohonan : 12 Julai - 30 September 2021


Apa Itu i-Citra KWSP? 


i-Citra KWSP adalah satu pengeluaran terbaru KWSP yang ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini. 


Syarat Kelayakan Permohonan i-Citra KWSP 


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan pengeluaran i-Citra KWSP adalah seperti berikut :


a. Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2. 


b. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan. 


Tarikh Bayaran i-Citra KWSP 


Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli masing-masing pada bulan Ogos 2021.


Cara Memohon i-Citra KWSP Online 


Permohonan pengeluaran i-Citra KWSP boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai sehingga 30 September 2021. 


Cara Semakan Status i-Citra KWSP Online


1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://icitra.kwsp.gov.my/check-status.

2. Masukkan Nombor MyKad/ MyPR anda di ruangan yang disediakan.

3. Masukkan Nombor Telefon yang didaftarkan.

4. Klik pada butang 'Saya Bukan Robot'.

5. Akhir sekali, klik pada 'SEMAK STATUS".


Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.


BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 2021


Sumber : KWSP

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.