Header Ads

Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 2021

Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 2021. Anda bakal ke temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tahun 2021? Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat panggilan temuduga pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 tahun 2021. Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan bahawa urusan temuduga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara one-off tahun 2021 akan dijalankan secara berfasa bermula pada 8 September 2021. Manakala, semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 3 September 2021 secara berfasa.


Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 2021



Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 2021


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :


Tarikh semakan panggilan temuduga : 3 September 2021


Urusan temuduga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan Pendidikan sama ada lepasan Universiti Awam, Swasta atau pun luar negara yang melepasi tapisan  yang telah ditetapkan oleh SPP.


Semakan panggilan temuduga Fasa 1 adalah bagi opsyen-opsyen berikut :


1) Bahasa Cina;

2) Bahasa Semai;

3) Bahasa Iban;

4) Bahasa Kadazandusun;

5) Muzik;

6) Tahfiz;

7) Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)

8) Pendidikan Seni / Seni Visual (SJKC);

9) Pendidikan Khas (SJKC);

10) Pendidikan Moral (SJKC);

11) Muzik (SJKC);

12) Sejarah (SJKC);

13) Reka Bentuk Teknologi (SJKC);

14) Matematik (SJKC); dan

15) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC).


Cara Semak Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41


1. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat secara online menerusi laman web https://semakan.spp.gov.my/semakan/.

2. Masukkan Nombor MyKad dan klik pada butang hantar.


BACA JUGA : Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman web SPP www.spp.gov.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.