Header Ads

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM (Daftar)

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM (Daftar). Bilakah tarikh permohonan Bantuan Keluarga Malaysia dibuka? Untuk makluman menerusi Belanjawan 2022, kerajaan telah memperkenalkan satu bantuan baru iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Menurut kenyataan terkini, permohonan baharu dan kemaskini BKM dijangka dibuka pada 1 Januari hingga 31 Januari 2022. Pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh bayaran yang pertama dibuat pada bulan Mac 2022.


Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM (Daftar)


Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan BKM sebanyak RM8.2 bilion dimana bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan. BKM adalah bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup.


Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM (Daftar)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Keluarga Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara kemaskini dan permohonan :


Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?


Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan satu bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022


Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia tahun 2022 adalah seperti berikut:


i. Isi Rumah


  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan


  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


iii. Bujang


  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Had umur adalah 21-59 tahun; 
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022


Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 BKM (Daftar)


Cara Daftar Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Online


- Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.


- Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.


Semakan BKM 2022 Online 


Semakan status BKM tahun 2022 boleh dibuat secara online menerusi portal LHDNM dan sistem BKM.


Bagi yang berjaya akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian atau permohonan BKM.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.