Header Ads

Contoh Soalan Ujian Spier Pembantu Antidadah S19 (2022)

Contoh Soalan Ujian Spier Pembantu Antidadah S19 (2022). Adakah anda calon ujian SPiER tahun 2022? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen bagi pengambilan jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 tahun 2022. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Malaysia diadakan pada 11 Mac 2022. Berikut adalah contoh soalan SPIER Pembantu Antidadah.


Contoh Soalan Ujian Spier Pembantu Antidadah S19 (2022)


Untuk pengetahuan, SPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme. SPIER merupakan tiga sistem Ujian Psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai. Kebiasaannya soalan yang akan ditanya dalam SPIER adalah dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'.

Contoh Soalan Ujian Spier Pembantu Antidadah S19 (2022)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen bagi Pembantu Antidadah  :

Format Ujian SPIER Pembantu Antidadah 


Masa : Fleksibel (Dijawab pada bila-bila masa mengikut kesesuaian calon dalam tempoh 11 Mac 2022

Tempoh Menjawab : 30 minit

Jumlah Soalan : 90 soalan

Nota : Bagi calon yang lulus Ujian SPIER akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Hanya calon-calon yang lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan sahaja akan dipanggil ke temuduga. 

Contoh Soalan Ujian SPIER 


1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti,
menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak

Nota : Soalan-soalan Ujian SPIER di atas adalah hanya contoh sahaja bukannya soalan sebenar atau soalan bocor.

DAPATKAN RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN UJIAN SPIER/ PSIKOMETRIK 


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian SPIER dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan untuk membantu calon-calon menjawab soalan ujian SPIER dengan baik. Rujukan ini sebenarnya diterbitkan untuk peperiksaan Psikometrik namun ianya sesuai digunakan untuk calon Pembantu Antidadah tahun 2022.



Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik. Menariknya ebook Psikometrik ini dipakejkan sekali dengan rujukan temuduga kerja kerajaan.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk tempahan rujukan Ujian Psikometrik ;

>> RUJUKAN PSIKOMETRIK LENGKAP <<

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.