Header Ads

20 Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2022

20 Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2022. Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Dalam peperiksaan online untuk jawatan dalam sektor awam, ada bahagian soalan atau seksyen dinamakan Daya Menyelesaikan Masalah atau lebih mudah dikenali sebagai Matematik. Ia merupakan bahagian utama di dalam mana-mana peperiksaan online untuk pelbagai jawatan atau kerjaya dalam sektor kerajaan seperti Pegawai Kastam, Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Penerangan, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Eksekutif LHDN dan banyak lagi.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA

Seksyen ini sangat penting kerana ia menguji dalam kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep matematik yang hanya merangkumi silibus Matematik SPM. Untuk artikel ini, tim SPA8i akan berikan contoh soalan matematik peperiksaan online SPA.

20 Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 2022


Dalam seksyen soalan Matematik yang berkisarkan soalan SPM, and akan diberikan soalan-soalan Matematik yang dianggap paling sukar untuk dijawab kerana memerlukan masa yang agak lama untuk pengiraaan. Disini juga anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah Matematik seperti mod, median, min dalam sub-sub topik Statistik.

1. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55
E. 9.65

2. Cari median bagi taburan nombor ini:
| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |
A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25
E. 25.5

3. Harga suatu barangan ialah RM45.60. Jika diskaun sebanyak 25% diberi, tentukan harga yang patut dibayar selepas diskaun.
A. RM23.46
B. RM30.40
C. RM34.20
D. RM40.30 
Jawapan: C

Pengiraan :
Penjimatan wang yng diperoleh:
= 25% x RM45.60
= 0.25 x 45.60
= RM11.40
Harga yang patut dibayar:
= RM45.60 – RM 11.40
= RM34.20

4. Bundarkan 309628 kepada ribu yang hampir
A. 309000
B. 309600
C. 310000
D. 310600
E. 310028

5. Kereta Encik Vicky menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?
A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml

6. Dalam satu acara sukaneka peserta dikehendaki berlari sejauh 15 m dan berundur balik 1/3 daripada jarak itu. Kemudian berlari maju kehadapan sejauh 25 m ke garisan penamat. Berapakah jarak dari garisan mula hingga penamat?
A. 30 m 
B. 35 m
C. 40 m
D. 45 m 
Jawapan: B

Pengiraan:
Jarak dari garisan mula hingga penamat:
= 15 m – 1/3(15 m) + 25 m
= 35 m

7. Antara jawapan berikut yang manakah SALAH ?
A. 12.5 + 4.5 x 5 = 85.0
B. 36.5 ÷ 5 x 4 = 29.2
C. 13.5 x 5 + 5 = 72.5
D. 58.38 + 4 – 7 = 55.38

8. 25/100 adalah bersamaan dengan
A. 2.5
B. 0.25
C. 0.025
D. 0.00025

9. Skor yang diperolehi oleh kumpulan dalam satu permainan adalah

4, 1, 5, 2, 3, 2, 4, 5

Cari skor median bagi taburan itu.
A. 2.5
B. 3
C. 3.5
D. 4

10. Sebuah bas bergerak dari Butterworth ke Muar. Perjalanan itu mengambil masa 8 jam 15 minit. Bas itu tiba di Muar pada 5.05 a.m pada hari yang berikutnya. Apakah waktu bas itu meninggalkan Butterworth ?
A. 10:50 malam
B. 9:50 malam
C. 10:10 malam
D. 8:50 malam 

= 12 hari

17. Suraya mempunyai RM39. Dia ingin membeli sebuah beg yang berharga 230% daripada wang yang dimilikinya. Berapakah wang yang perlu ditambah supaya dia dapat membeli beg itu?
A. RM39.70
B. RM30.40
C. RM89.70
D. RM50.70
Jawapan : D

Pengiraan :
Wang Suraya = RM 39
Harga beg = 230% daripada wang suraya
Harga beg = 2.3 x RM 39 = RM 89.70
Wang perlu ditambah 
= RM 89.70 - RM 39
= RM 50.70 

18. Diberi pola nombor 27, 81, 243, X , 2187, 6561. Apakah nilai X dalam pola nombor tersebut? 
A. 729
B. 972
C. 1215
D. 1458 
Jawapan : A

Pengiraan :
Hint : Pola nombor adalah hasil darab tiga (x 3) dengan nombor sebelum
27 x 3 = 81
81 x 3 = 243
243 x 3 = 729
729 x 3 = 2187
2187 x 3 = 6561 

19. Kakak kepada Muaz berumur 30 tahun. Berapakah umur Muaz 5 tahun akan datang jika umur Muaz separuh daripada kakaknya?
A. 17
B. 15
C. 20
D. 22
Jawapan : C

Pengiraan :
Kakak = 30 tahun
Umur Muaz = 1/2 Umur Kakak
= 1/2 (30)
= 15 tahun
5 tahun akan datang 
= 15 tahun + 5 tahun
= 20 tahun

20. Abu membeli 6 kg langsat dengan harga RM42. Pada keesokan hari, Abu membeli sebanyak 20 kg lagi. Berapakah jumlah harga 20 kg langsat jika tiada perubahan pada 1 kg langsat. 
A. RM 7
B. RM 42
C. RM 80
D. RM 140
Jawapan : D

Tak susah bukan? Inilah antara contoh-contoh soalan matematik peperiksaan online SPA yang sedikit sebanyak dapat membantu kepada calon memberi gambaran jelas untuk menjawab soalan seksyen ini. Kebanyakkan soalan boleh dicongak dengan mudah dan sebahagiannya memerlukan anda melakukan sedikit pengiraan dan selebihnya berkaitan konsep matematik yang asas.

BACA JUGA : Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Penafian : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.