Header Ads

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - Portal SPA8i

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma|Anda ingin berkhidmat dalam Latihan Separa Perubatan? Anda melepasi syarat kelayakan untuk menjadi seorang ahli perubatan dalam sektor awam? Sebelum anda menjawat jawatan sebagai Latihan Separa Perubatan, calon perlu membuat permohonan Latihan Separa Perubatan bagi Bertaraf Sijil dan Diploma secara online.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan ujian Separa Perubatan akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma


Berikut adalah informasi tentang latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan syarat kelayakannya ;


Latihan Bertaraf Diploma


1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

2. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)

3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

4. Latihan Jururawat

5. Latihan Juruterapi Pergigian

6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

7. Latihan Juruteknologi Pergigian

8. Latihan Juru-Xray

9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Syarat Kelayakan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 


Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sekurang-kurangnya mendapat Kepujian gred C dalam bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikuti sistem terbuka boleh dilantik oleh skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi ;

a. Lulus enam mata pelajaran termasuk bahasa Malaysia dengan dua daripada matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu peperiksaan atau ;

b. Lulus enam mata pelajaran termasuk bahasa Malaysia dengan dua matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dan ;

c. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana diisyaratkan dalam skim perkhidmatan.

● Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.

Semoga anda berjaya berkhidmat dalam Latihan Separa Perubatan tahun 2017.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.