Header Ads

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Bertaraf Diploma (Sesi Januari & Julai)

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Bertaraf Diploma (Sesi Januari & Julai). Anda ingin berkhidmat dalam Latihan Separa Perubatan? Panduan buat anda yang berminat menjadi seorang latihan Separa Perubatan. Sebelum itu ketahui syarat kelayakan untuk menjadi seorang ahli separa perubatan dalam sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan jawatan kosong Separa Perubatan sesi Januari tahun 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web rasmi SPA9. Lazimnya, pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuka dua sesi setiap tahun bagi sesi Januari dan Julai.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2022 Bertaraf Diploma (Sesi Januari & Julai)

Bagi calon yang layak, anda bakal menduduki peperiksaan Separa Perubatan sebelum mendapat panggilan temuduga. Semakan juga boleh dilakukan melalui portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Bertaraf Diploma (Sesi Januari & Julai) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang latihan separa perubatan bertaraf Diploma termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :


Latihan Bertaraf Diploma


1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

2. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)

3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

4. Latihan Jururawat

5. Latihan Juruterapi Pergigian

6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

7. Latihan Juruteknologi Pergigian

8. Latihan Juru-Xray

9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Syarat Kelayakan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 


Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sekurang-kurangnya mendapat Kepujian gred C dalam bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikuti sistem terbuka boleh dilantik oleh skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi ;

a. Lulus enam mata pelajaran termasuk bahasa Malaysia dengan dua daripada matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu peperiksaan atau ;

b. Lulus enam mata pelajaran termasuk bahasa Malaysia dengan dua matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dan ;

c. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana diisyaratkan dalam skim perkhidmatan.

d. Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.

Cara Permohonan Pengambilan Latihan Separa Perubatan Online


Untuk pengambilan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2022, permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login

Untuk keterangan lanjut sila emel ke spa9@spa.gov.my.

Semoga anda berjaya berkhidmat sebagai Separa Perubatan di Kolej Kejururawatan tahun 2022. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.