Header Ads

Peranan dan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Peranan dan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD. Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik atau lebih dikenali PTD adalah antara kerjaya sektor awam yang sangat diminati oleh lepasan graduan Ijazah. Saban tahun ada saja calon yang memohon jawatan Perkhidmatan Tadbir Diplomatik Gred M41 melalui portal SPA. Kenapa para graduan memilih jawatan PTD sebagai pilihan mereka?

Peranan dan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Untuk pengetahuan anda, jawatan ini tergolong di bawah kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jawatan ini agak unik kerana anda bakal lalui beberapa proses lantikan PTD sebelum anda digelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jadi apa sebenarnya peranan dan tugas-tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41


Secara umumnya bidang tugas PTD ini berkait rapat dengan proses perancangan, penggubalan dan termasuklah Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Lebih menariknya, seorang PTD juga diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Tambahan pula, PTD juga menawarkan gaji lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir lain serta menerima insentif-insentif yang berbaloi.

Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 


Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang akan diadakan pada 27 Ogos 2020 ini, anda memerlukan persiapan yang rapi untuk menjawab soalan exam PTD. Dengan itu, pihak profesional tim Infokerjaya telah sediakan satu panduan atau rujukan lengkap peperiksaan PTD yang terkini untuk calon-calon.

Untuk pengetahuan anda juga, rujukan PTD versi sebelum ini telah banyak membantu calon-calon yang dianggarkan berjumlah 70,000 orang yang mengambil peperiksaan ini. Dengan adanya rujukan ini dapat membantu calon-calon menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Join Channel Telegram PTD 2020 

Untuk dapatkan nota, contoh-contoh soalan dan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 join channel telegram ini :

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.