Header Ads

Proses Lantikan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Proses Lantikan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Anda berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41? Untuk pengetahuan calon bagi yang telah membuat permohonan jawatan ini, anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 sesi 2020. Sebelum dilantik dan disahkan ke jawatan tetap PTD, anda perlu lalui beberapa proses lantikan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang wajib anda lepasi terlebih dahulu.

Proses Lantikan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Proses Lantikan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


1. Peperiksaan Online PTD 

Bagi anda yang telah memohon jawatan PTD melalui portal SPA dan telah memenuhi syarat kelayakan permohonan, maka anda akan menerima pesanan SMS dari SPA yang menyatakan anda layak menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Mulai tahun 2016, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 telah dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu Seksyen A : Pengetahuan AM dan Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah. Sebelum ini exam PTD dibahagikan kepada 3 seksyen dengan menambah Seksyen C : Ujian Psikometrik. Kini, Ujian Psikometrik telah dimansuhkan pada tahun 2016 tetapi calon yang berjaya dalam exam PTD akan diminta untuk membuat ujian Psikometrik melalui link (pautan) yang diberikan sebelum hadir ke Ujian PAC.

2. Ujian Psikometrik/ Ujian PAC

Selepas sahaja anda menjalani peperiksaan online PTD ini, calon perlu menunggu keputusan peperiksaan PTD yang akan diumumkan melalui portal rasmi SPA. Sebaik sahaja diumumkan maka anda akan dipanggil untuk menjalani ujian Psikometrik dan seterusnya ke Ujian PAC sebelum anda layak ke sesi temuduga.

3. Temuduga PTD

Selepas ujian PAC, anda bakal ke fasa seterusnya iaitu temuduga. Kebiasaannya dalam sesi temuduga PTD akan ditanya mengenai jawatan PTD, dasar-dasar negara, isu-isu semasa di dalam negara dan luar negara dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda berjaya melepasi temuduga, anda bakal menerima surat tawaran pelantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Itulah antara proses lantikan yang anda perlu lalui sehingga berjaya layak memegang jawatan PTD.

BACA JUGA :
● Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik
Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.