Header Ads

Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan 2023 (SPA9)

Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan 2023 (SPA). Adakah anda calon temuduga kerja kerajaan? Jika ya, sudah tentunya anda perlu persediaan yang rapi untuk menghadapi sesi temuduga. Salah satu persediaan untuk menghadapi temuduga adalah dengan menyediakan draf soalan dan jawapan. Okay kali ini dikongsikan tentang contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan.

Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan 2023 (SPA9) 


Berikut adalah contoh soalan dan jawapan temuduga SPA Kerja Kerajaan yang berkaitan tentang pengenalan diri, kelayakan dan pengalaman, info jawatan, penyelesaian masalah, kenegaraan, isu semasa dan soalan psikologi.ui

PENGENALAN DIRI

1.Sila terangkan mengenai diri anda.

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.

Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor
awam ini.

2. Apakah subjek yang paling anda minati semasa belajar di universiti dan terangkan
mengapa?

Subjek Mekanik Tanah adalah subjek yang paling saya minati semasa belajar di universiti. Saya terlalu minat dengan subjek ini kerana pada pendapat dan pemerhatian saya, subjek ini merupakan salah satu subjek paling mencabar dalam pengajian Kejuruteraan Awam.

Tidak ramai pelajar yang benar-benar berjaya mendalami subjek ini disebabkan kesukarannya. Ianya terlalu rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi semasa mendalaminya. Saya juga mendapat tahu bahawa di Malaysia ini tidak ramai jurutera yang benar-benar mahir mengenai ilmu Mekanik Tanah ini.

Jadi saya mengambil peluang ini untuk menjadi seorang yang berjaya menguasai ilmu ini dan dapat menyumbangkannya kepada negara.

3. Bolehkah anda terangkan mengenai
projek akhir tahun anda di universiti?

Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan
sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak.

Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat
mengalir ke dalam sungai berdekatan.

KELAYAKAN DAN PENGALAMAN

1. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti
mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.

2. Cuba terangkan apakah tugas-tugas anda di tempat anda bekerja sekarang.

Sebagai seorang jurutera awam bangunan di tapak binaan, saya memulakan kerja dengan menyemak dan menyusun perancangan kerja di awal pagi sebaik sahaja saya tiba di tempat kerja. Saya akan merancang apakah pekerjaan penting yang perlu saya dahulukan mengikut keutamaan seperti yang dirancang dalam jadual pelaksanaan kerja. Biasanya saya akan
memastikan kerja- kerja yang dilakukan oleh pekerja di bawah pengawasan saya mencapai kualiti dan menepati masa yang dijadualkan. Ketika bekerja, saya amat mementingkan masa dan kualiti kerja yang dihasilkan. Ini adalah untuk memastikan kerja yang dihasilkan menepati kepuasan pihak pelanggan syarikat tempat saya bekerja.

INFO JAWATAN

1. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-peraturan ataupun kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkualiti?

Peraturan lebih penting di mana kebanyakan projek yang berkualiti perlu ada peraturan yang perlu diikuti setiap masa bagi memastikan tujuan utama projek dicapai tanpa kompromi dari segi kos, kualiti, dan masa. Peraturan bertindak sebagai panduan kepada setiap kerja yang dilaksanakan tanpa panduan mungkin kita akan terpesong.

Jika kita memilik kepakaran dan kecekapan tanpa berlandaskan peraturan, kita mungkin terpesong dan tersilap langkah dalam melaksanakan kerja. Ianya boleh diibaratkan seperti layang-layang yang putus talinya; di mana layang-layang tersebut memiliki kebolehan terbang tinggi
tetapi tidak boleh terbang tinggi jika tidak kena pada caranya. Begitu juga dalam menghasilkan projek pembangunan yang berkualiti.

2. Senaraikan tugas-tugas pembantu tadbir?

Tugas-tugas bagi seorang pembantu tadbir di sektor awam adalah bertanggungjawab
melaksanakan tugas-tugas perkeranian danoperasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

PENYELESAIAN MASALAH

1. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja anda, apakah tindakan anda dan
bolehkah anda menerima kritikan tersebut?

Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan tebuka. Saya berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka sudah berpengalaman dan sudah biasa dengan kerja tersebut. Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti sebarang kekurangan pada hasil kerja saya.

Saya akan menyemak semula hasil kerja saya dan mengenalpasti di manakah silapnya. Sebagai langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan kakitangan bawahan saya dan merujuk kepada pegawai atasan saya demi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki ke  tahap yang optimum.

KENEGARAAN

1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan bermula dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1970.

2. Sebutkan 5 dasar-dasar Kerajaan Malaysia?

- Bersih, Cekap dan Amanah
- Dasar Ekonomi Baru
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk
- Dasar Pandang Ke Timur
- Dasar Pembangunan Sosial
- Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
- Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
- Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia

ISU SEMASA

1. Boleh anda terangkan berapakah harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?

Berdasarkan berita yang saya tonton malam tadi, dimaklumkan harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang adalah 100 Dollar setong. Mungkin harga tersebut akan berkurang lagi berdasarkan keadaan ekonomi masa ini.

2. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni dalam media massa?

Isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisis politik Syria di mana selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat yang telah berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat Syria yang bangkit menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar Asssad yang kejam di mana bermula pemerintahan bapanya lagi sehinggalah semasa basyar memerintah, seramai lebih 60,000 rakyat Syria telah terbunuh dengan menggunakan tentera-tentera mereka. Mereka akan membunuh siapa sahaja yang tidak menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat kejam.

SOALAN PSIKOLOGI

1. Adakah anda sanggup berkhidmat di Sabah atau Sarawak/pedalaman?

Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya
sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga akan memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari dulu lagi, saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup bertugas di mana-
mana tempat yang diarahkan.

2. Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?

Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan masih memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata.

Nak tahu rahsia LULUS TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN MUDAH..? Anda perlu dapatkan rujukan tersebut dengan klik link yang disediakan di bawah ;

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.