Header Ads

SPA8i : Cara Permohonan & Kemaskini Jawatan Kosong Kerja Kerajaan

SPA8i : Cara Permohonan & Kemaskini Jawatan Kosong Kerja Kerajaan | Anda ingin menjawat jawatan di sektor awam? Sebelum itu anda perlu membuat pendaftaran akaun SPA8i dan juga permohonan jawatan kosong terkini dalam sistem online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut dikongsikan adalah panduan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam dalam Borang SPA8i.

SPA8i : Cara Permohonan & Kemaskini Jawatan Kosong Kerja Kerajaan

SPA8i : Cara Permohonan & Kemaskini Jawatan Kosong Kerja Kerajaan 


Berikut adalah maklumat tentang cara permohonan dan kemaskini jawatan kosong kerja kerajaan SPA8 dengan langkah demi langkah :

Pendaftaran Akaun SPA8i Online 


1. Untuk anda yang pertama kali membuat pendaftaran akaun SPA8i, anda perlu layari ke portal rasmi di pautan http://www.spa.gov.my atau terus ke login SPA putra2.spa.gov.my/spa8i.
2. Bagi mengisi borang pendaftaran SPA secara online, anda perlu mendapatkan MyID dengan cara klik "DAFTAR MYID BARU" seperti tertera di bawah.

SPA8i : Cara Permohonan & Kemaskini Jawatan Kosong Kerja Kerajaan

3. Isikan maklumat asas dan soalan keselamatan yang bertanda * dengan lengkap.

SPA8i : Cara Permohonan & Kemaskini Jawatan Kosong Kerja Kerajaan

○ Nombor kad pengenalan dan nama penuh pastikan sama seperti di dalam kad pengenalan anda.
○ Nombor telefon bimbit dan alamat emel yang dimasukkan mestilah aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui kedua-dua aplikasi ini.
4. Selepas itu, klik 'Daftar' untuk penghantaran maklumat SPA8i anda.

Permohonan Jawatan Kosong SPA8i Online 


1. Sesudah daftar akaun baru, login SPA8i semula.
2. Pemohon yang telah berjaya log masuk boleh mengisi borang SPA8i. Antaranya maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut ;
● Maklumat Pemohon
● Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM, STAM dan sebagainya)
● Matlumat Kokurikulum (Sukan/ Persatuan, Rekacipta/ Pencapaian)
● Matlumat Tambahan (Bakat/ Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera/ Polis, Penerima Bantuan/ Kurang Upaya)
3. Setelah itu, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong terkini mengikut kelayakan maing-masing. Ia dibahagikan kepada 2 iaitu Jawatan SPA dan Jawatan PDRM/ LAIN.
4. Selepas isi jawatan kosong, anda perlu membuat perakuan untuk disahkan permohonan.

Nota Penting :
● Jumlah keseluruhan JAWATAN SPA yang dipilih mestilah tidak melebihi 15 jawatan.
● Pelajar-pelajar Tahun Akhir di Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan dalam Borang Permohonan Online SPA (SPA8i) kecuali bagi jawatan-jawatan seperti berikut ;
1. Pegawai Optometri Gred U41
2. Pegawai Veterinar Gred GV41
● Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
● Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
● Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
i. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
ii. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM.
iii. Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Semakan Status Permohonan SPA8i Online 


1. Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang
HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak
memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran
tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.



Selamat membuat pendaftaran dan permohonan jawatan kosong terkini SPA8i. Semoga mendapat jawatan dalam sektor perkhidmatan awam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.