Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 | Untuk tahun lepas saja terdapat beberapa peperiksaan online SPA yang telah diadakan antaranya exam Pegawai Penerangan, Pegawai LHDN, Pegawai Kawalan Udara, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan lain-lain lagi. Untuk makluman anda, Jabatan Penyiaran Malaysia telah menawarkan sebanyak 65 jawatan kosong bagi mengisi kekosongan jawatan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41.

Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Sudah pastinya bagi anda yang telah memohon jawatan Penerbit Rancangan dan anda mesti ingin tahu rujukan contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan yang akan diadakan pada 26 Januari 2018 nanti. Apakah persiapan anda untuk menghadapi exam online SPA ini? Jadi disini adalah platform terbaik untuk anda mendapatkan gambaran awal contoh-contoh soalan Exam Online Penerbit Rancangan Gred B41 & B29 sesi 2018. Berikut dikongsikan contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41!

Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Berikut adalah maklumat tentang jawatan Penerbit Rancangan Gred B29 dan B41 merangkumi format dan contoh soalan dan group rujukan :

Semakan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Berikut adalah hebahan daripada pihak SPA berkenaan tarikh dan maklumat exam seperti di bawah :

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
=====================================
1) PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41
Tarikh Peperiksaan : 26 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 08:00 MLM - 09:15 MLM

Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/penerbitb41

2) PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B29
Tarikh Peperiksaan : 26 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 08:00 MLM - 09:15 MLM

Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/penerbitb29

PERHATIAN :
------------------
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B29 . Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41 .

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:15 malam.

Deksripsi Tugas Penerbit Rancangan Gred B29/ B41


Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Berikut adalah informasi lanjut tentang jawatan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan online :

Kriteria Format & Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


● Peperiksaan ini mengandungi dua bahagian iaitu:

A. Bahagian I - Amali
B. Bahagian II - Bertulis

○ BAHAGIAN I – AMALI

Bahagian ini mengandungi dua seksyen iaitu :

• Seksyen A : Suara
• Seksyen B : Penyampaian

Semua calon dikehendaki menjawab kedua-dua seksyen.

Seksyen A : Suara

1. Calon-calon akan diuji suara dalam dua bahasa.
2. Satu di dalam Bahasa Melayu dan satu lagi di dalam bahasa/ dialek lain yang
ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
3. Penilaian terhadap bacaan calon adalah berdasarkan kepada mutu suara seperti berikut :
(i) Jelas dan terang
(ii) Nada Suara

Seksyen B : Penyampaian

1. Calon-calon akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam perkara-perkara
berikut:
i) Penyampaian Berita (WAJIB)
ii) Penyampaian Pengulas Acara Sukan
iii) Penyampaian Pengulas Siaran Langsung
iv) Penyampaian Laporan Wartawan Lokasi
v) Penyampaian Hiburan

2. Calon-calon adalah diwajibkan untuk menjawab soalan Penyampaian Berta
manakala bagi soalan seterusnya calon dikehendaki memilih salah satu di
antaranya sahaja dan menyampaikan dalam bahasa pilihan masing-masing.
Contohnya: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan lain-lain bahasa/
dialek yang diperlukan oleh jabatan.

3. Calon-calon akan diberi masa 20 minit untuk membuat persediaan sebelum
ujian dijalankan.

4. Penilaian akan diberikan seperti berikut :
a. Kreativiti
b. Pengolahan
c. Kelancaran
d. Sebutan
e. Penghayatan

○ BAHAGIAN II – BERTULIS

Bahagian ini mengandungi tiga seksyen iaitu:

• Seksyen A - Pengetahuan Am
• Seksyen B - Karangan
• Seksyen C - Terjemahan

Seksyen A – Pengetahuan Am

1. Masa yang diperuntukkan bagi Seksyen A ini ialah 30 minit.
2. Bilangan soalan ialah 40, iaitu terdiri daripada soalan aneka pilihan.
3. Soalan-soalan dalam seksyen ini adalah berbentuk aneka pilihan 4 pilihan jawapan.
4. Calon-calon dikehendaki menjawab semua 40 soalan yang disediakan.
5. Soalan bagi Seksyen A adalah menguji pengetahuan calon mengenai bidang-bidang berikut:
i) Kenegaraan
ii) Isu-isu semasa
iii) Ekonomi
iv) Sosio Budaya
v) Media
vi) Hiburan
vii) Sukan

Seksyen B – Karangan

1. Masa yang diperuntukan ialah 70 minit.
2. Bilangan soalan yang dikemukakan ialah 6. Calon diwajibkan menjawab 2 soalan sahaja.
3. Calon akan diberi enam tajuk mengenai isu-isu semasa dan dikehendaki menulis 2 karangan.
4. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam bahasa/ dialek lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
5. Setiap karangan tidak melebihi 300 patah perkataan.

Seksyen C – Terjemahan

1. Masa yang diperuntukkan ialah 40 minit.
2. Hanya 2 soalan dikemukakan dalam seksyen ini.
3. Calon-calon akan diberi dua petikan karangan yang mengandungi lebih kurang
100 patah perkataan setiap satu.
4. Satu petikan karangan dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa
Inggeris/ Bahasa Lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan
i) Petikan Karangan A – Bahasa Melayu
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau satu bahasa yang ditentukan.
ii) Petikan Karangan B – Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain.
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 sesi Januari 2018?


Nak Persediaan Pantas Rujukan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Anda boleh join group telegram Penerbit Rancangan menerusi link di bawah ;


Join Group Channel Telegram Penerbit Rancangan 2018


○ Klik : https://t.me/penerbitrancangan2018

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Penyiaran Malaysia. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.