Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19| Berminat bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19. Lihat ini juga → Permohonan Jawatan Juruaudit W41 2017

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong JPJ 2018 telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan JPJ bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 


Berikut adalah informasi tentang Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 


Gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 sekitar RM1,362.00 sehingga RM4,034.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 pula berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Pemeriksa Kereta Motor JPJ Gred AB19 


1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB19

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
4. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau
6. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB29

7. Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,534.00). atau
8. Diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,943.57).

Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pemeriksa Kereta Motor JPJ Gred AB19 


Berikut adalah tugas-tugas Pemeriksa Kereta Motor seperti di bawah :

Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmata dia Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.