Header Ads

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) Online

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) Online | Anda ingin menjawat jawatan di sektor kerajaan? Panduan buat anda lepasan PT3, SPM, STPM, STAM, Ijazah, Sarjana dan PHD yang berkelayakan boleh membuat Permohonan SPA8i secara online di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebelum permohonan, anda perlu membuat pendaftaran akaun dan menyemak jawatan kosong terkini mengikut kelayakan masing-masing.

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) Online

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) Online 


Berikut dikongsikan adalah cara permohonan dan kemaskini SPA8i secara online :

Pendaftaran dan Permohonan SPA Online 


1. Bagi yang pertama kali daftar SPA8i, anda perlu membuat Pendaftaran MyID secara online yang boleh dilakukan sekali sahaja.

2. Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan di laman utama SPA8i atau terus ke URL berikut :
○ putra2.spa.gov.my/spa8i
putra12.spa.gov.my/spa8i

3. Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di bawah:

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) Online

4. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama
penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

5. Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif
kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon
dan emel.

6. Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan
bagi tujuan reset kata laluan.

7. Selepas semua medan diisi, klik butang 'HANTAR'.

Syarat Pendaftaran SPA8i


1. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.
2. Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
3. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
4. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
5. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
○ Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
○ Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
○ Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Rujukan dan Semakan Online SPA 


Berikut adalah semakan online SPA sebagai rujukan buat pengguna :

● Senarai Penjadualan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan
● Senarai Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan
● Senarai Penjadualan Temu Duga/Pemeriksaan Fizikal
● Senarai Penjadualan Assessment Centre
● Senarai Penjadualan Temu Duga
● Senarai Keputusan Temu Duga

Semoga berjaya buat semua pemohon yang mendaftar di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) secara online.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.