Header Ads

Semakan Status BR1M 2018 Online

Semakan Status BR1M 2018 Online | Adakah anda pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun 2018? Bilakah tarikh masuk duit BR1M 2018? Untuk makluman anda, Permohonan BR1M 2018 telah dibuka bermula daripada 1 November 2017 sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2017. Bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan BR1M 2018 secara online di portal rasmi eBR1M. Sudah pastinya anda ternanti-nanti status permohonan BR1M 2018 sama ada lulus atau pun tidak?

Semakan Status BR1M 2018 Online

Bagaimana cara semakan status permohonan BR1M 2018? Untuk pengetahuan, pemohon boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2018 secara online dan juga menerusi beberapa kaedah yang lain. Seperti sedia maklum, pemberian BR1M 2018 masih dikekalkan dengan jumlah maksimum sebanyak RM1,200 bagi golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang RM2,000 dan ke bawah.

Semakan Status BR1M 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status BR1M 2018 termasuk cara pemohonan dan aplikasi online :

○ Jadual Pembayaran BR1M 2018 Tarikh Masuk Duit
Kemaskini BR1M 2018 Online 

Cara Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online


A. Semakan Status BR1M 2018 Online

○ Aplikasi Online : https://ebr1m.hasil.gov.my/

B. Semakan Status BR1M 2018 Aplikasi Mobile BR1M

Bagi pemohon boleh muat turun Aplikasi Mobile BR1M di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS untuk menyemak status BR1M 2018.

C. Semakan Status BR1M 2018 Melalui Email

Permohonan BR1M 2018 juga akan dimaklumkan ke alamat email anda (email yang sama semasa pendaftaran) sama ada lulus atau pun tidak.

Maksud Status Permohonan BR1M Dipaparkan


Berikut adalah status permohonan BR1M 2018 yang dipaparkan selepas menyemak status BR1M :

1. DIDAFTARKAN : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini.

2. DITERIMA : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima.

3. DALAM PROSES : Permohonan dalm proses semakan dan verifikasi kelayakan.

4. DITANGGUHKAN : Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan.

5. LULUS : Permohonan telah diluluskan atau berjaya.

6. TIDAK LULUS : Permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya.

7. STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA : Surat makluman lulus gagal kredit akan diposkan kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai permohonan BR1M 2018, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel ke br1m@treasury.gov.my.

BACA JUGA : Cara Rayuan Permohonan BR1M 2018

Selamat membuat semakan status Permohonan BR1M 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat bantuan BR1M ini sekaligus membantu kos sara hidup seharian anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.