Header Ads

Permohonan Baru BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup

Permohonan Baru BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup. Bilakah tarikh permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2020 dibuka? Berita baik buat anda dimana kerajaan Pakatan Harapan masih meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) sepertimana yang dibentangkan dalam Belanjawan Malaysia 2020. Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian BSH 2020 akan dibuka mulai 1 Februari sehingga 15 Mac 2020. Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020.

Permohonan Baru BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan baru, anda boleh buat permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 secara online di laman web rasmi BSH. Untuk pengemaskinian BSH juga boleh dibuat bermula daripada 1 Februari 2020. Untuk bayaran fasa pertama BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 dimana pemberian ini akan memanfaatkan 3.8 juta penerima BSH (kategori isi rumah). 

Permohonan Baru BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Februari 2020 - 15 Mac 2020

Kategori Layak Penerima BSH 2020 


1. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan ke bawah - Jumlah RM1,000 +RM120/ anak

2. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,001 hingga RM3,000 - Jumlah RM750 +RM120/ anak

1. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - Jumlah RM500 +RM120/ anak

3. Individu bujang berusia 40 tahun dan ke atas - Jumlah RM300

5. Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun atau lebih dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 - Jumlah RM300

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Bantuan Sara Hidup yang boleh dibuat secara online atau isi borang (manual) daripada portal web rasmi BSH):

Siapakah Layak Permohonan Baru BSH? 

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu/ Kemaskini BSH 2020 sekiranya:

a. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
b. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
c. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Artikel Berkaitan : Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 

A. BSH Online

Untuk permohonan online anda perlu layari ke laman web rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan BSH online boleh muat turun di PANDUAN.

B. Isi Borang BSH (Manual) 

Bagi permohonan secara manual, anda perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan BSH 2020

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi LHDNM di atas talian bebas 1800882716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 0388824565/ 4566.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.