Header Ads

Panduan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 2018

Panduan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 2018 | Adakah anda calon SPA Peperiksaan Juruaudit pada 9 Mac 2018? Jika ya! Diucapkan tahniah kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Juruaudit Gred W41. Mungkin di antara calon-calon yang masih lagi keliru dan tercari-cari panduan lengkap untuk menjawab soalan peperiksaan online Juruaudit W41. Kini, anda berada di platform yang tepat untuk menghadapi peperiksaan online SPA. Berikut dikongsikan adalah Panduan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41.

Panduan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 2018

Anda antara di kalangan yang bertuah kerana dipanggil untuk menduduki peperiksaan online SPA pada 9 Mac 2018 ini. Sudah pasti ia satu peluang terbaik anda untuk menjawat jawatan kerajaan sebagai Juruaudit. Tapi sebelum anda layak ke fasa seterusnya iaitu temuduga Juruaudit, sudah tentu anda perlu membuat persiapan yang rapi dengan mengetahui format, kriteria dan contoh soalan peperiksaan Juruaudit.

Panduan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 2018


Berikut adalah maklumat tentang Panduan Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 :

Untuk pengetahuan calon format peperiksaan Juruaudit Gred W41 dijalankan secara online dengan dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu Pengetahuan am dan Daya Menyelesaikan Masalah.

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Contoh Soalan Juruaudit Gred W41


Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am Juruaudit Gred W41 dan contoh soalan daya menyelesaikan masalah Juruaudit Gred W41 seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuam Am Juruaudit Gred W41

Dalam seksyen ini soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jawatan Juruaudit termasuklah mengenai politik, sosial, ekonomi, hal ehwal semasa, sains teknologi, perdagangan dan lain-lain lagi.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri. 
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds. 
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit Gred W41

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah  dan soalan matematik. Soalan matematik yang ditanya dalam soalan merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 45 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

I. Kemahiran Menggunakan Logik


Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III. Konsep Matematik

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

Nak Persediaan Pantas Rujukan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Anda boleh dapatkan ebook rujukan peperiksaan Juruaudit W41 menerusi link di bawah ;




○ KLIK LINK INI : http://jvsecurepay.com/affiliates/audit/37705


GROUP TELEGRAM PEPERIKSAAN JURUAUDIT 

○ Klik pautan : https://t.me/rujukanjuruaudit

BACA JUGAContoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41 2018

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Juruaudit Malaysia. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.