Header Ads

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41. Adakah anda calon SPA Peperiksaan Juruaudit Gred W41 2020? Jika ya! Diucapkan tahniah kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Juruaudit Gred W41 pada 9 Mac 2018. Bagaimana persiapan anda? Mungkin di antara mereka yang masih lagi keliru dan tercari-cari panduan lengkap untuk menjawab soalan peperiksaan Juruaudit W41. Kini, anda berada di platform yang tepat untuk menghadapi peperiksaan online SPA. Berikut dikongsikan adalah contoh soalan dan rujukan Peperiksaan Juruaudit Gred W41.

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41 2018

Anda di kalangan yang bertuah kerana dipanggil untuk menduduki peperiksaan online SPA Juruaudit W41 pada 9 Mac 2018 ini. Sudah pasti ia satu peluang terbaik anda untuk menjawat jawatan kerajaan sebagai Juruaudit. Tapi sebelum anda layak ke fasa seterusnya iaitu temuduga Juruaudit, sudah tentu anda perlu membuat persiapan yang rapi dengan mengetahui format, kriteria dan contoh soalan peperiksaan Juruaudit.

Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41


Berikut adalah maklumat tentang Peperiksaan Online Juruaudit Gred W41 :

Untuk pengetahuan calon format peperiksaan Juruaudit Gred W41 dijalankan secara online dengan dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu Pengetahuan am dan Daya Menyelesaikan Masalah.

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Contoh Soalan Juruaudit Gred W41


Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am Juruaudit Gred W41 dan contoh soalan daya menyelesaikan masalah Juruaudit Gred W41 seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuam Am Juruaudit Gred W41

Dalam seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi maklumat, pentadbiran kerajaan, sosial dan lain-lain perkembangan semasa.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A. Jabatan Perdana Menteri.
B. Jabatan Perkhidmatan Awam.
C. Kementerian Kewangan Malaysia.
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi DanKepenggunaan.
Jawapan : A

2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A. KPMG
B. Lloyds.
C. Ernst & Young
D. PricewaterhouseCoopers 
Jawapan : B

3.  Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48
Jawapan : A

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Juruaudit Gred W41

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah  dan soalan matematik. Soalan matematik yang ditanya dalam soalan merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 45 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

I. Kemahiran Menggunakan Logik


Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III. Konsep Matematik

Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W29 & W41 2017/18

Join Group Channel Telegram Juruaudit 


KLIK LINK INI 👉 https://t.me/juruaudit


Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Juruaudit Malaysia. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.