Header Ads

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018 | Adakah anda pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2018? Bilakah tarikh panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018? Panduan buat anda yang berjaya dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk makluman, ujian UKCG akan dilaksanakan pada bulan April 2018. Bagi anda calon UKCG 2018 sudah pastinya ingin mengetahui kriteria dan contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru? Berikut contoh soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru.

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018

Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru sesi 2018 termasuk tarikh penting panggilan UKCG :

Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018


○ Tarikh Semakan Panggilan UKCG : 7 April sehingga 17 April 2018
○ Aplikasi Semakan : https://pismp.moe.gov.my

Maklumat Penting Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


Untuk makluman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) terdiri daripada dua (2) sesi iaitu Sesi Ujian Bertulis dan Sesi Ujian Kecergasan Fizikal.

A. Sesi Ujian Bertulis
○ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang mesti dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
○ Semua calon mesti menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
○ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama atau kedua mesti menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
○ Calon mesti menandatangani Surat Akaun Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

Contoh Soalan INSAK Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018


Antara contoh-contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru sebagai rujukan buat calon :

1. Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
A. Setuju               B. Tidak setuju

2. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
A. Setuju               B. Tidak setuju

3. Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
A. Setuju              B. Tidak setuju

4. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
A. Setuju              B. Tidak setuju

5. Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
A. Setuju              B. Tidak setuju

6. Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
A. Setuju             B. Tidak setuju

7. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
A. Setuju            B. Tidak setuju

8. Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkanya.
A. Setuju           B. Tidak setuju

9. Jika tersilap, biar masa melupakanya
A. Setuju          B. Tidak setuju

10. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakanya.
A. Setuju          B. Tidak setuju

Nota Penting : Contoh soalan ujian bertulis UKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya contoh sebagai panduan buat calon sahaja.

Semoga perkongsian tentang Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018 ini dapat dijadikan panduan buat calon semua. Selamat menduduki ujian UKCG ambilan Julai 2018.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.