Header Ads

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018 | Adakah anda kakitangan awam dan pesara kerajaan? Berita baik buat anda dimana menerusi kenyataan dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seramai 1.6 juta penjawat awam yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2018. Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam 2018 ini telah dibuat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 16 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya pada 4 April 2018 (Rabu). Insentif ini melibatkan peruntukan tambahan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 billion bermula 1 Julai 2018.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan kenaikan gaji penjawat awam tahun 2018 besertakan intipati atau ringkasan amanat Perdana Menteri pada Majlis MAPPA :

Intipati Kenaikan Gaji Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Mulai 1 Julai 2018


Berikut adalah Intipati MAPPA yang disampaikan oleh PM kepada penjawat awam dan pesara kerajaan :

1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah persaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one - off.

7. Aktiviti aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Semoga perkongsian tentang kenaikan gaji penjawat awam tahun 2018 dapat dijadikan rujukan kepada semua kakitangan awam dan pesara kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.