Header Ads

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018 | Adakah anda kakitangan kerajaan di Malaysia? Berita baik kepada 1.6 juta penjawat awam yang bakal menerima RM1,500 sebagai bayaran khas dan dijangka menerima pembayaran bonus ini pada awal Januari 2018. Pengumuman ini hasil daripada intipati pembentangan Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang meluluskan bayaran bonus ini khususnya kepada kakitangan awam dan juga penerima pencen pesara kerajaan yang akan menerima bayaran khas berjumlah RM750. Lihat juga : Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2018

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Pemberian bayaran khas 2018 ini untuk kakitangan awam dan pesar kerajaan adalah lebih banyak berbanding tahun 2017 iaitu hanya berjumlah RM500. Dengan adanya bayaran bonus kakitangan awam ini dapat menampung kos sara hidup yang kian meningkat dan juga sebagai inisiatif untuk penjawat kerajaan.

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat penting berkaitan tarikh bayaran bonus kakitangan awam 2018 yang akan dibayar sebanyak dua kali pada awal Januari 2018 dan Hari Raya Aidilfitri 2018 :

● Kakitangan Awam : RM1,500
● Pesara Kerajaan : RM750

Artikel Berkaitan : Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 2018

Tarikh Bayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan 


1. Tarikh Pembayaran Pertama : Pada 8 Januari 2018
● RM1,000 (Kakitangan Awam)
● RM500 (Pesara Kerajaan)

2. Tarikh Pembayaran Kedua : Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018
● RM500 (Kakitangan Awam)
● RM250 (Pesara Kerajaan)

BACA JUGA : Jadual Tarikh Bayaran Kakitangan Awam 2018

Semoga perkongsian tentang tarikh pembayaran bonus kakitangan awam 2018 ini boleh dijadikan panduan untuk anda membuat perbelanjaan bersama seisi keluarga.

3 ulasan:

  1. Kenapa ayah sy seorang pesara polis pencen tahun 2006 x terima bonus 2018.. bukan ke semua pesara layak nikmati bonus rm 500 dibayar pada 8 jan hari ini... dimana ayah sy perlu rujuk.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.